Tuesday, 9 October 2012

BN pelaku jenayah rasuah terbesar di Malaysia?

"Rasuah pilihanraya telah lama diamalkan oleh UMNO-BN. Pemberian wang ringgit dan pembahagian gula dan beras atau kain batik dan kain pelikat kepada pengundi-pengundi pada malam sebelum pilihanraya atau sebelumnya merupakan rahasia yang duke tahun umum. Semua itu dibuat secara sulit atau rahasia dan sukar untuk dibuktikan dalam mahkamah. Akan tetapi, rasuah ini kemudiannya dibuat secara terbuka walau pun masih belum menyeluruh dan teratur

Dalam perkembangan terakhir, amalan rasuah pilihanraya ini telah diinstitusikan dan disalurbalik ke seluruh negara.

Pertama kali rasuah pembelian undi ini dilakukan secara terbuka ialah di Terengganu selepas kemenangan PAS dalam PRU 1999 diikuti kemudianya dengan keputusan Kerajaan Pusat UMNO-BN menarik balik royalti minyak yang dibayar oleh Petronas kepada Negeri Trengganu setiap tahun sejak penemuan minyak di pesisiran pantai negeri tersebut. Berikutan itu, wang royalti tersebut telah disalurbalik ke Negeri Terengganu melalui Jabatan Pembangunan Negeri Terengganu yang ditubuh oleh Kerajaan Pusat UMNO-BN. Di antara tugas Jabatan ini ialah mengagihkan pimberian wang sebanyak RM300 kepada penduduk Terengganu yang "berkelayakan" setiap tahun termasuk pada PRU 2004 yang melihat kemenangan besar UMNO-BN. Pemberian ini dikenali sebagai "Wang Ihsan".

Rasuah Wang Ihsan ini menjadi "idaman" rakyat Negeri Terengganu setiap tahun, lebih-lebih lagi pada PRU 2008. Akan tetapi semua ini masih lagi dalam bentuk pemberian tidak berperaturan dan tidak dinikmati oleh rakyat negeri-negeri lain di Malaysia.

Dalam kekagetan UMNO-BN menghadapi PRU13 yang masih belum berani diadakan oleh Kerajaan parti yang berkuasa, rasuah pilihanraya terang-terangan ini telah diperluaskan ke seluruh negara. Pada awal tahun 2012 ini, di bawah program 1Malaysia, wang sebanyak RM500 telah diagih-agihkan kepada setiap keluarga yang "berkelayakan". Dalam bajet 2013 baru-baru ini, pemberian rasuah ini telah diinstitusikan dan dijadikan sebagai sebahagian daripada belanjawan negara. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis rasuah yang lain juga telah diinstitusikan seperti rebat pembelian telefon pintar oleh golongan muda.

Begitulah rasuah pilihanraya yang bermula secara sulit dan berahsia secara tidak formal berkembang menjadi rasuah formal secara terang-terangan dan dalam perkembangan terakhirnya menjadi satu institusi yang dimasukkan dalam belanjawan negara. Dengan demikian bolehlah dikatakan bahawa Kerajan Pusat NMNO-BN merupakan pelaku jenayah rasuah terbesar di Malaysia.

-Oleh: Benzaini (TKO)

Komen Anda

0 Responses to "BN pelaku jenayah rasuah terbesar di Malaysia?"