Wednesday, 26 September 2012

Pro-M menang 20, Aspirasi 19 di UM


Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya berjaya mempertahankan 20 daripada 23 kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya kampus tahun lalu.

Bagaimanapun, pada keseluruhannya pro-M mendapat kerusi terbanyak, diikuti pro-Aspirasi yang kini dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa (19) dan calon bebas (2).

Kedudukan dua lagi kerusi - masing-masing satu di fakulti sains dan teknologi maklumat dan fakulti pendidikan - di mana calon mendapat undi sama banyak, akan ditentukan esok.

"Oleh itu jawatankuasa pemilihan akan membuat keputusan mengenai perkara itu esok," kata seorang pegawai yang enggan namanya disebut.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan di kampus Universiti Malaya tahun ini - bertambah dua kerusi daripada tahun lalu.

Ia terdiri daripada sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti.

Sementara itu, Berdasarkan laman sosial Facebook Penggerak Mahasiswa, kumpulan itu memenangi 19 kerusi manakala bebas menang dua kerusi.

Sementara itu, di Universiti Putra Malaysia (UPM), kumpulan pro-Aspirasi memenangi 17 kerusi, manakala kumpulan serpihannya - Siswa Penggerak Universiti (SPU) mendapat 13 kerusi.

SPU baru diwujudkan tahun ini. Sebelum ini, pro-A memenangi 32 kerusi dalam pilihan raya kampus tahun lalu.

Sementara itu, kumpulan pro-M memenangi tujuh kerusi - dan gagal mempertahankan empat lagi kerusi umum yang dimenanginya tahun lalu.

Manakala sepuluh kerusi dimenangi oleh calon Bebas.

Sebanyak 47 kerusi - 11 kerusi umum dan 26 kerusi Fakulti - dipertandingkan tahun ini.

Sementara itu, keputusan pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ditangguhkan kerana masalah teknikal.

Ini berikutan ini jumlah undi yang direkodkan didapati melebihi jumlah pelajar yang keluar mengundi hari ini.

Berikutan itu, jawatankuasa pemilihan akan mengesyorkan kepada Dewan Senat UIA supaya pilihan raya kampus yang baru diadakan secara manual.

Manakala pengiraan pilihan raya kampus bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dijangka bermula jam 11 malam ini. -MK

Komen Anda

0 Responses to "Pro-M menang 20, Aspirasi 19 di UM"