Wednesday, 5 September 2012

PR ramal PRU Nov, 'PM belum tentu nasib baik'

Pakatan Rakyat (PR) menjangkakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan November ini, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini.

"Akhir-akhir ini semacam ada indikasi PRU akan diadakan pada tahun ini iaitu November," kata beliau.

Beliau yang mengambil kira angka 11 sebagai nombor 'pilihan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pandangan ramai tentang nombor magik boleh diterima pakai tapi belum tentu dia bernasib baik ke tidak, angka 11 dia..." ujar Mustafa.

Beliau berkata demikian apabila merujuk kembali kepada pilihan raya umum pada November 1999.

"Kita pernah adakan pilihan raya pada November tapi Umno kalah teruk," kata Mustafa lagi.Namun demikian, beliau turut menjangkakan pilihan raya paling lewat pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat. -SH


Nik Aziz: Tak kisah bila PRU, penting rakyat undi PR

Pas tidak ada sebarang masalah dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa termasuk kemungkinan diadakan pada November ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendiriannya sama seperti sebelum ini yang tidak kisah tarikh PRU13 diadakan asalkan rakyat memberikan sokongan kepada parti itu dan Pakatan Rakyat.

“Saya selalu sebut, pilihan raya nak buat bila-bila pun tak apa tetapi pastikan rakyat mengundi Pas atau Pakatan Rakyat. Kita selama-lamanyasiap sedia,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Festival Makanan dan Buah-buahan Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) di Dataran Cintawangsa, dekat sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membayangkan PRU13 mungkin diadakan pada November ini ketika berucap sempena perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO di Sandakan, Sabah semalam.

Komen Anda

0 Responses to "PR ramal PRU Nov, 'PM belum tentu nasib baik'"