Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah) berkata, walaupun pada asasnya kebebasan bersuara perlu dihormati tetapi ia mestilah berteraskan rasa kebertanggungjawaban sehingga tidak mempermaikan keharmonian hidup beragama mana-mana kelompok.

Parti Islam itu juga berkata tindakan itu hanya akan menyebabkan berlakunya kesan negatif berangkai yang tidak menguntungkan sesiapa pun.
Semalam, dilaporkan berlaku demonstrasi besar di kedutaan Amerika Syarikat di Mesir oleh penunjuk perasaan yang tidak puas hati - yang dijangka merebat ke pelbagai dunia Islam dalam masa terdekat.
Bendera AS diturunkan di Mesir, duta terbunuh di Libya
Dalam tunjuk perasaan di Kaherah semalam, berpuluh-puluh orang memanjat dinding kedutaan, menurunkan bendera Amerika Syarikat dan menggantikannya dengan bendera hitam tertulis dua kalimah syahadah.
Lebih buruk lagi, kemarahan itu juga menyebabkan duta Amerika Syarikat di Libya Chris Stevens terbunuh pada Selasa malam akibat serangan di Benghazi, lapor agensi.
Dalam kenyataan hari ini, Abdul Hadi juga mendesak kerajaan Amerika Syarikat mengambil langkah serius atas "provokasi kebencian beragama" yang ditimbulkan pengarah dan penerbit filem yang berdarah Yahudi itu.

Sementara itu, Pemuda Umno pula menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi langsung dengan isu jelas mencaci agama Islam seperti Innocence of Muslims.
"Namun pada masa yang reaksi keterluan tidak menetapi kehendak ajaran Agama Islam kerana Agama Islam itu indah dan mendamaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin merujuk kepada insiden kematian duta Amerika Syarikat ke Libya.
Treler filem itu dengan durasi hampir seminit setengah kini dimuat naik ke laman perkongsian video Youtube.
-MK
Komen Anda
0 Responses to "PAS, Umno kecam filem hina nabi Muhammad"