Friday, 14 September 2012

Lampu Spotlight Terjatuh & Hempap Penyanyi!

Penyanyi Alyah, tercedera apabila sebuah lampu acara (spot light) terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat.

Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara di sini.

Lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah dan kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi.

Tetamu berkumpul apabila sebuah ambulan datang untuk membawa penyanyi itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Alyah berada dalam keadaan stabil kerana ia hanya kemalangan kecil tetapi bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain pihak penganjur mengambil keputusan membawanya ke hospital.

“Alyah sebelum ini memang pernah mengalami kesakitan pada bahagian tersebut,” ujarnya.

Tambah saksi itu lagi, hentakan yang dialami Alyah itu menyebabkan dia tidak mampu bertutur kerana mahu menahan sakit.

Penyanyi lagu Kisah Hati itu hadir ke majlis tersebut bersama-sama selebriti lain seperti kumpulan Forteen, Tomok dan Yuna. -hatikaca

Komen Anda

0 Responses to "Lampu Spotlight Terjatuh & Hempap Penyanyi!"