Wednesday, 5 September 2012

Lajim Agen Umno?

ADA yang mengatakan yang Lajim Agen UMNO dan selalu berhubung dengan PM dan kemudian saya diminta memberikan pandangan dan memang soalan begitu sukar dijawab kerana dalam dunia ini tiada siapa tahu apa yang tersimpan dalam hati manusia lain.

Ya, memang nama saya disebut untuk memberikan pencerahan dan itu sewajarnya. Yang ditulis sekadar andaian politik dan semua bisa buat andaian dan jauh ke dalam hati sesiapapun, hanya Tuhan sahaja yang tahu, malah kekadang diri kita sendiri tidak tahu masa depan kita.

Nah, kerana itu mari kita bermain teka-teki dan melalui teka-teki ini kita guna minda/akal dan otak kita kerana kita ini dicipta sebagai manusia tentunya akal itu lebih kita gunakan setelah otak berfikir.

Kita lihat dulu sejarah luka bermula lajim meninggalkan PBS dan yang paling berjasa tentunya Lajim dan Rubin yang menyebabkan PBS tumbang dan UMNO menjadi pemerintah.

Jadi, siapa yang untung besar? Pernahkah lajim duduki kerusi Ketua Menteri? Itu tidak mengapa, tetapi Ketua Menteri Sabah jenis pendendam, sesiapa saja berhasrat mahu jadi Ketua Menteri, maka manusia itu akan dia tekan dan ini berlaku kepada Lajim dan Datuk Rahim Ismail sendiri.

Apa kamu tidak baca dan kaji keadaan ini?

Kedua Anifah memang memusuh Lajim di kala pemilihan Ketua Bahagian Beaufort yang menyebabkan Anifah terlontar ke Kimanis dan dendam itu masih ada. Jelas di sini Lajim memang didendam oleh kerabat dari Bingkol ini dan kesan Lajim mahu jadi KM, lalu Musa tendang ke parlimen dan jadi Timbalan Menteri di Persekutuan dan di situ sebagai Timbalan Menteri memang kurang kuasa kerana kuasa di tangan menteri sendiri.

Istilahnya Lajim hanya buangan dan jadi mainan sepak bola Musa Aman. Lajim memang mahu Musa disingkir kesan tuduhan rasuah yang berlebih-lebihan, tetapi itu tidak mungkin kerana Musa bijak bermain layang-layang di Malaya dan hakikatnya Musa memusuhi Lajim terus menerus.

Dalam Kabinet Persekutuan tentu sahaja Lajim bersahabat dengan Shafie Afdal dan dia sorong Shafiee Afdal agar jadi KM dan singkir Musa. Maka kesannya berkelahianlah mereka secara diam-diam kerana ada api dendam di dalam hati masing-masing.

Shafie Apdal tidak mungkin pula jadi KM lantaran ada kes dengan artis dan Shafie bukan ADUN kecuali digunakan kuasa DUN melantik dia sebagai 'Adun Dilantik.'

Nah, keadaan ini antara sebab Lajim goyah dan meninggalkan UMNO/BN dan paling penting Lajim sendiri mengatakan yang UMNO/BN di Malaya tumbang.

Tambahan pula beliau begitu yakin dengan laporan sebelum Bersih 3.0, bahawa Pakatan Rakyat mampu memenangi 107 kerusi parlimen dan hanya memerlukan 5 kerusi lagi.

Tetapi setelah Bersih 3.0, Imej Pakatan Rakyat melonjak secara mendadak; maka apa lagi bila Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin BN hanya mampu selamatkan 3 buah negeri PR mampu mendapat lebih 112 kerusi dan Anwar Ibrahim sah menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri.

Lajim bijak membaca dan dia lihat pilihanraya umum Sarawak yang lalu, hanya 55% mengundi BN dan kesan beberapa DUN dipecat di Sarawak. Maka itu cukup memburukkan keadaan dan di sana PAKATAN boleh mendapat 15 kerusi parlimen berbanding 31 kerusi yang ada di sana.

Lalu, kita lihat di Sabah dan pada awalnya memang payah tetapi kesan penyatuan DAP dan PKR, lalu disokong sedikit oleh SAPP, maka kawasan bandar pasti akan dikuasai oleh PAKATAN dan tidak kurang 10-15 kerusi parlimen akan terlepas daripada BN; namun belum dikira penyatuan dengan STAR dan BN dilawan secara satu sama satu.

Nah, selebihnya Lajim sebenarnya marah kepada PM kerana sewaktu lawatan ke Beaufort dulu beliau memuji Azizah dan gengnya Musa untuk menjatuh Lajim. Jadi, berdasarkan keadaan ini Lajim tiada peluang lagi di BN dan dia sedar lama kelamaan dia akan disingkirkan sebab pemilihan calon pilihanraya berada di tangan MUSA dan PM.

Maka bertambah remuklah hati Lajim apabila Musa bercadang mahu meletakkan anak buah dan mungkin anaknya sendiri bertanding di Beaufort dan Sipitang.

Memang Lajim bijak membaca yang BN di Malaya akan tersungkur dan keadaan di Sarawak dia sudah tahu dan yang ada di Sabah sekadar melebihkan cukup majoriti di Parlimen.

Sebaik sahaja PAKATAN berkuasa di peringat persekutuan, maka dia sudah ramal akan beramai-ramai orang BN berhijrah ke Pakatan bukan kerana kena offer, tetapi kerana menyelamat diri masing-masing di kala semuanya ada kes rasuah yang harus mereka hadapi nanti.

Apa yang saya katakan ini kemungkinan-kemungkinan sahaja dan itu sudah dia baca dan sekali lagi saya katakan ini juga teka-teki kala yang terjadi di masa depan hanya Allah sahaja yang tahu. Nah, soal teka-teki ini saya tidak boleh jawab sebab ia bukan menjawab soalan angka dan jawabannya subjektif kerana tidak seorangpun tahu, kecuali Tuhan yang satu.
........

Oleh : ISMAILY BUNGSU
http://www.sabahkini.net

Komen Anda

0 Responses to "Lajim Agen Umno?"