Monday, 10 September 2012

Kerugian UNISEL Disebabkan Kroni?

Tindakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengkritik kerugian RM54. 8 juta yang dikatakan dialami oleh Universiti Selangor (Unisel) adalah percubaan untuk menganggu kelancaran pentadbiran Kerajaan Selangor.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri, Azmizam Zaman Huri berkata, Unisel terpaksa menanggung hutang RM15 juta akibat kerakusan Umno BN semasa pemerintahannya.


“Tan Sri Khalid Ibrahim cuba dijadikan mangsa akibat dari amalan kronisma Umno ketika Unisel sedang dalam penstukturan semula dan rakyat Selangor meyakini keupayaan Menteri Besar untuk menjadikan Unisel lebih berdaya saing,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, masalah ini berpunca semasa Unisel dalam pembinaan apabila kerajaan negeri terdahulu tidak memasukkan dana untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Azmizam berkata, Menteri Besar kini berusaha untuk mengambil alih hutang daripada terus membebani Unisel.

“Kerajaan Selangor dalam proses mengambil alih hutang yang ditanggung Unisel sebanyak RM15 juta bagi membebaskan beban kewangan universiti tersebut.

“Ini adalah kerana salah satu daripada masalah Unisel ialah modalnya tidak cukup untuk membiayai kos seperti pembinaan kampus berjumlah RM600 juta dan asrama RM200 juta,” ujarnya.

Sebelum ini, Khalid mendedahkan perjanjian antara Unisel dengan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) selama 30 tahun yang ditandatangani antara 2003 dan 2004 mengakibatkan universiti itu berhutang sebanyak RM15 juta dengan JNSB.

Malah kerajaan Umno turut meluluskan keseluruhan bangunan Unisel tanpa memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF) yang bakal mengancam keselamatan pelajar dan kakitangan Unisel. -KD

Komen Anda

0 Responses to "Kerugian UNISEL Disebabkan Kroni?"