Thursday, 27 September 2012

Kerajaan cuba sembunyi hutang Syed Mokhtar?

MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengesyaki bahawa kerajaan cuba menyembunyikan isu berhubung hutang komersil ditanggung syarikat milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang didakwanya bakal menyebabkan "malapetaka ekonomi" kepada negara.

"Saya syaki mereka cuba sembunyikan sesuatu tentang hutang komersial empayar perniagaan taikun Syed Mokhtar Al-Bukhary.

"Ia adalah malapetaka ekonomi yang hanya menunggu masa untuk meletup," kata Tony pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau menjangkakan, keadaan itu mungkin sama seperti keadaan yang berlaku sebelum ini ketika kumpulan syarikat Renong Bhd menanggung hutang RM20 bilion daripada bank tempatan.

Pua mendakwa kumpulan syarikat milik Syed Mokhtar kini menanggung hutang lebih RM34 bilion daripada institusi kewangan. -MK

Komen Anda

0 Responses to "Kerajaan cuba sembunyi hutang Syed Mokhtar?"