Thursday, 20 September 2012

Kenapa Saya Tinggalkan BN?


"KENAPA ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang mempunyai pelbagai kedudukan dalam kerajaan negeri dan persekutuan keluar meninggalkan segala jawatan penting dan keistimewaan yang mereka miliki?

"Contoh yang terdekat seperti Datuk Wilfred Bumburing, Datuk Lajim Hj Okin dan ramai lagi dan termasuk diri saya sendiri kenapa harus keluar daripada BN dan UMNO ini tentu ada sebab-sebabnya kenapa kami keluar."
"Seperti seekor burung punai tinggal di sangkar emas, sekalipun diberikan yang cukup istimewa tidak pernah putus-putus oleh ampuannya; tetapi kalau terus dikurung buat selama-lamanya apa perasaannya?

"Begitu jugalah ceritanya. Kami dalam Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, walaupun hidup dalam keadaan serba serbi kemewahan, tetapi tiada kebebasan untuk menyuarakan keperitan kehidupan rakyat di luar bandar, malah terus terhimpit dan tertindas, maka hati kami memang tidak gembira dan tidak rela melihatnya.

"Bila kami buat teguran kerana tanah-tanah adat (NCR) dirampas oleh saudagar-saudagar Cina dari Semenanjung sehingga beribu-ribu penduduk menjadi pelarian di kampung tempat tumpah darah mereka sendiri; telah menjadi satu kesalahan kepada kepimpinan UMNO. Kononnya kami durhaka, bukan sahaja kepada UMNO, tetapi kepada kerajaan.

"Nasib rakyat terutama sekali bangsa Sungai, Kadazan, Dusun, Murut yang tinggal di kawasan terpencil yang sedang menjalani kehidupan agak senang sedikit kerana mempunyai sebidang tanah yang ditanami oleh sawit dan pokok buah-buahan; tetapi dengan tiba-tiba sahaja tanah-tanah mereka dimusnahkan dalam sekelip mata.

"Sementara rumah dibakar. Siapa yang tidak marah kerana tiada siapa yang membela nasib mereka. Bila jumpa wakil rakyatnya, apa jawapan mereka? Itu urusan kerajaan. Dia mahu bunuh sama kamu itu, adalah hak kerajaan.

"Malahan diberi amaran jangan sekali-kali menentang dasar-dasar kerajaan UMNO/BN, walaupun sekejam mana mereka menyeksa rakyat kerana akan menjadi satu kesalahan besar boleh dihukum.

"Ada sesetengah wakil rakyat berkata, biarlah mereka mampus itu bukan keluarga aku. Yang penting kita sudah kaya raya. Ada rumah mewah, bini muda sampai dua tiga; kereta empat lima buah; kenapa mahu memikirkan kehidupan orang lain? Mampus kamu di sana, apa saya peduli? Sekarang saya sudah jadi YB, jadi menteri, siapa berani menentang saya?"

Itulah luahan seorang pemimpin kerdil tetapi berjiwa rakyat iaitu James Miki, Ketua Penyelaras Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang juga bakal calon Parlimen Beluran pada PRU 13 nanti ketika berucap di majlis perjumpaan di hadapan 400 orang penyokong parti Pakatan Rakyat di Kampung Kobambangan, Paitan Sugut, kelmarin.

"Pemimpin UMNO memang menyelar saya. Mereka kata saya ini seorang yang bodoh kerana meninggalkan segala keistimewaan yang diberikan UMNO. Buat apa keistimewaan yang ada pada saya, tetapi bangsa saya di kawasan lain yang sudah miskin terus dihimpit lagi. Tetapi inilah sikap Surady Kayong dan Ronald Kiandee," kata James Miki lagi.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI (sabahkini)

Komen Anda

0 Responses to "Kenapa Saya Tinggalkan BN?"