Wednesday, 26 September 2012

Isteri Tetak Suami Gara-gara Facebook

Gara-gara minta diajar melayari Facebook, seorang suami cedera ditetak isterinya menggunakan pisau pemotong daging dalam satu krisis rumah tangga di Jalan Tong Sang di sini, awal pagi semalam.

Terdahulu, mangsa berumur dalam lingkungan 30-an sering memerhatikan gelagat isterinya melayari laman sosial itu menggunakan telefon bimbit.

Bimbang isterinya yang berumur dalam lingkungan 20-an mempunyai hubungan dengan lelaki lain, si suami cuba memeriksa kandungan telefon bimbit isterinya, namun gagal kerana akaun Facebook isterinya sentiasa dalam keadaan "Logout" selepas digunakan.

Malah, si suami yang tidak berputus asa turut cuba memeriksa kandungan "Masuk" dan "Hantar" sistem pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit isterinya, namun semuanya sudah dipadamkan.

Difahamkan, hubungan suami isteri tersebut agak renggang sejak kebelakangan ini kerana sering bergaduh.

Lantaran itu, pada jam 1 pagi semalam, si suami meminta isterinya untuk mengajarnya menggunakan Facebook, namun tidak diendahkan.

Si isteri yang naik berang setelah tidak tahan dengan kehendak mangsa yang asyik meminta tunjuk ajar menggunakan Facebook, tiba-tiba menolak mangsa dan meluru masuk ke bilik tidur untuk mengambil sesuatu yang diletaknya di bawah tilam.

Panik melihat isterinya tiba-tiba memegang pisau pemotong daging dan melibas-libaskan senjata tajam itu ke arahnya, si suami cuba mengelak namun tercedera di kaki kanan dan kedua-dua belah tangannya.

Mangsa kemudian melarikan diri menggunakan motosikal dan pergi ke Balai Polis Sentral untuk membuat laporan polis.

Selepas diambil ketera-ngan, mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk men-dapatkan rawatan. -theborneopost

Komen Anda

0 Responses to "Isteri Tetak Suami Gara-gara Facebook"