Thursday, 20 September 2012

Hina Nabi : Ngeh Ko Ham Terus Dikecam


Pemuda Umno mengkritik keengganan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk menegur tindakan pemimpin DAP Perak Ngeh Ko Ham yang didakwa mempersoal bantahan umat Islam terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, tindakan itu memberi "gambaran jelas" bahawa ia merupakan sentimen dan pendirian DAP.

"Kalau sekiranya setiausaha agung DAP, kalau dia bos (yang) bertanggungjawab, dia akan mengeluarkan kenyataan tanpa bersyarat bahawa apa yang dikeluarkan oleh Ngeh itu dapat diterima.

"Tetapi semalam, saya nampak kenyataan Lim Guan Eng bersyarat, (beliau kata), saya akan mengeluarkan kenyataan mengenai Ngeh Ko Ham, sekiranya, media arus perdana mengeluarkan kenyataan asal saya mengenai Innocence of Muslim.

"Bagi saya, apa jenis kenyataan itu sekiranya kamu ambil berat tentang sensitiviti umat Islam. Sekadar mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan Ngeh salah. Dan disassociate parti dengan kenyataan Ngeh. Tapi dengan itu, dia masih lagi nak main politik," katanya.

Bercakap dalam sidang media pagi ini, Khairy berkata Pemuda Umno "tidak terlalu bodoh" untuk memahami maksud tersirat Ngeh bahawa umat Islam membazirkan masa melalui perhimpunan mengutuk filem itu.

-MK

Komen Anda

0 Responses to "Hina Nabi : Ngeh Ko Ham Terus Dikecam"