Monday, 17 September 2012

Datuk Yahya Lampong Keluar UMNO Sertai PKR


Pengisytiharan Yahya keluar Umno dan menyertai KEADILAN dibuat pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 anjuran Pakatan Rakyat di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.

Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal BN Sabah meninggalkan regim itu dalam tempoh hanya sebulan, menjadikan mereka semakin goyah.

Pengisytiharan dibuat depan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan kira-kira 10,000 rakyat Sabah.

Yahya sebelum ini pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru pada 2001 dan Yang Di-Pertua Perkasa Sabah yang pertama.

Beliau juga pernah menyertai Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) untuk tempoh singkat pada 1999.

Selain itu, Yahya adalah Pengerusi kilang simen CIS yang beroperasi sejak April 2009 di Teluk Sepanggar, Sabah. -KD

Komen Anda

0 Responses to "Datuk Yahya Lampong Keluar UMNO Sertai PKR"