Sunday, 23 September 2012

Dalang jatuhkan Erdogan dipenjara seumur hidup

Sebuah mahkamah Turki Jumaat lalu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada tiga bekas jeneral, hukuman pertama bagi perbicaraan dua tahun untuk 364 pegawai yang dituduh merancang untuk menggulingkan kerajaan Perdana Menteri Raccip Tayyip Erdogan.

Mahkamah berkata, tiga bekas jeneral tersebut hanya akan menjalani hukuman penjara selama 20 tahun kerana mereka tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan.

Dua lagi jeneral yang sudah bersara dan satu jeneral yang masih berkhidmat juga telah dihukum penjara 18 tahun.

Mahkamah membebaskan 34 pegawai dalam kes itu, menampakkan kekuasaan mahkamah sivil ke atas pihak tentera yang dulunya sangat berkuasa di Turki.

Tentera Turki secara tradisinya memainkan peranan yang dominan dalam politik, melakukan tiga rampasan kuasa antara 1960 dan 1980 dan menendang keluar kerajaan Islamik pertama negara tersebut dari pejabat pada tahun 1997.

Kuasa tentera dikawal dengan tegas sejak Erdogan memerintah sedekad lalu dan perbicaraan ini dilihat mempamerkankekuatan sebuah kerajaan yang mulai keluar dari bayang-bayangnya sendiri.

Konspirasi "Sledgehammer" dikatakan mengandungi rancangan untuk mengebom masjid bersejarah di Istanbul dan mencetuskan konflik dengan Greece untuk membuka jalan bagi pengambilalihan kuasa oleh pihak tentera.

Pihak pendakwa raya telah menuntut hukuman penjara 15-20 tahun untuk 365 defendan, dengan 364 daripada mereka adalah pegawai tentera yang sedang berkhidmat ataupun telah bersara. -HD

Komen Anda

0 Responses to "Dalang jatuhkan Erdogan dipenjara seumur hidup"