"Tengok keadaan, ikut angin boleh menang. Kalau sekarang bubar boleh menang kenapa tidak? Kalau penilaian politik boleh menang, kita bubar DUN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat xxco kerajaan negeri di Alor Setar hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata pendirian PAS Kelantan sama sekali tidak akan membubarkan DUN secara berasingan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.
Beliau berkata pembubaran DUN akan diadakan serentak dengan kerajaan pusat sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.
Azizan berkata kerajaan Kedah bagaimanapun akan melihat keputusan Majlis Pakatan Rakyat terlebih dahulu dalam isu pembubaran DUN itu.

"Kami ada jawatankuasa teknikal untuk PAS, untuk PKR dan untuk DAP. PAS negeri telah lama menyerahkan senarai nama calon kepada PAS pusat untuk dipertimbang," katanya.
Beliau berkata PAS negeri mahu memberi keutamaan kepada calon-calon tempatan tetapi bersedia menerima calon 'import' yang berkualiti jika itu yang diputuskan oleh Majlis Syura.
"Calon tempatan pun ramai yang layak. Bagaimanapun, calon yang menang dulu seboleh-bolehnya kami mahu kekalkan melainkan fizikal tak cergas, uzur atau menarik diri. Mereka (ini) ada pengalaman. Selain calon luar, ada juga ura-ura wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS hendak dicalonkan," katanya.
Azizan turut membayangkan untuk mempertahan kerusi DUN Sungai Limau yang diwakilinya sejak 1995 jika dipersetujui pimpinan pusat walaupun beliau dikatakan berhadapan dengan masalah kesihatan.
- Bernama
Komen Anda
0 Responses to "Azizan : Bubar DUN jika PAS yakin menang"