Thursday, 13 September 2012

Ahli Parlimen Didakwa Menipu?

TIDAK cukup dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa peruntukan kerajaan yang 'HILANG' setelah disalurkan terus ke akaun peribadinya, Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi terus menerus memperdaya dan menipu ramai peniaga; termasuk peniaga bumiputera.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Sabah, Citra Masadi mendedahkan demikian setelah menerima maklumat lengkap daripada tim pemantau AMK PKR di Kuala Lumpur.
Menurut Citra, sebelum ini Salleh telah terlibat kegiatan tidak bermoral memberi cek tendang kepada 10 buah sekolah di Lahad Datu yang terlibat dengan Seminar Alam Sekitar; memberi cek tendang kepada pembekal senjata api di Kota Kinabalu dan kali ini melibatkan penganjur kursus keusahawanan.

"Menurut laporan polis yang dibuat di Balai Polis Damansara oleh Alwan Bin Wagiman pada jam 2.30 petang, 14 Julai 2011; Salleh telah didakwa menipu syarikat HPI Consultant Sdn.Bhd untuk menganjurkan kursus berkenan tanpa memberikan sebarang bayaran yang dijanjikan sejak setahun lalu," kata Citra yang menunjukkan salinan laporan polis berkenaan.

Salleh telah menggunakan gelaran 'DUTA KEAMANAN PBB' untuk modal politiknya, termasuk 'mengarahkan' Polis menyediakan 'Rider-Kereta/motor pengiring polis' setiap lawatan beliau. Duta ini diberikan UBF, NGO yang berpengkalan di Korea dan bukannya 'Duta PBB'.

Kata Citra, syarikat yang beralamat di J-105, Tingkat Satu, Jalan PJU 10/2A Damansara Damai telah dilantik Salleh untuk mengendalikan kursus Keusahawanan Nelayan Tani Modern pada 12 hingga 14 Februari 2011 bagi kawasan Tungku dan Lahad Datu dengan kos RM55,300.

"Namun sehingga kini belum ada sebarang bayaran dibuat oleh Salleh Kalbi walaupun dituntut berkali-kali dan perkhidmatan dibekalkan sepenuhnya. Bukankah peruntukan dari Jabatan Perdana Menteri berkenaan telah disalurkan terus ke akaun beliau? Kenapa tidak mau bayar? Apakah berlaku salahguna seperti peruntukan lain sebelum ini?" tanya Citra yang mendesak agar SPRM mempercepatkan siasatan berhubung laporan yang dibuatnya sebelum ini.

Citra menegaskan beliau akan mendedahkan lebih banyak Skandal Salleh dalam masa yang terdekat.

Komen Anda

0 Responses to "Ahli Parlimen Didakwa Menipu?"