Friday, 21 September 2012

Adakah sesi Bajet sidang terakhir Parlimen?

Persidangan Dewan Rakyat yang membuka tirai Isnin ini dijangka menjadi tumpuan
umum, bukan sahaja kerana pembentangan Bajet 2013, tetapi juga bagi
membaca tarikh pilihan raya umum ke-13.

Spekulasi bahawa ini
mesyuarat terakhir kembali hangat setelah Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak berseloroh menyatakan sudah teringin mengumumkan pilihan
raya ketika melawat Machang, Kelantan awal bulan ini.

(Mesyuarat
yang bermula Isnin ini merupakan mesyuarat ketiga penggal kelima dan
lazimnya Parlimen bersidang sebanyak empat kali pada setiap penggal).

Berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan, mandat kerajaan yang ada sekarang akan tamat
pada 28 April 2013, dan menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Parlimen akan terbubar secara
automatik jika Yang di-Pertuan Agong tidak membubarkannya sebelum tarikh
itu.

"Selepas itu SPR diberi tempoh 60 hari untuk mengadakan
pilihan raya umum bagi membentuk kerajaan baharu. Perkara sama terpakai
untuk dewan undangan negeri kecuali Sarawak," katanya kepada Bernama
hari ini.

Mesyuarat kali ini akan berlangsung selama 34 hari
hingga 27 November dan pastinya spekulasi pilihan raya umum menjuruskan
mata rakyat kepada Bajet 2013 yang akan dibentang Najib Jumaat ini.

Rakyat
secara keseluruhan pasti menunggu apakah 'khabar gembira' untuk mereka
terutama pada aspek kenaikan harga barang, manakala bagi 1.4 juta
penjawat awam pula ternanti-nanti pengumuman penambahbaikan Sistem
Saraan Malaysia.

Pada Mei lepas, Najib yang juga Menteri
Kewangan 1 dilapor menjanjikan Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan
terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee ketika dihubungi Bernama yakin mesyuarat kali ini lebih hangat daripada kebiasaan.

Wakil
rakyat yang yakin kali ini mesyuarat terakhir sebelum Parlimen bubar,
akan menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk mengemukakan isu
masing-masing dan, katanya.

"Speaker akan sentiasa didesak untuk memberi mereka lebih masa berdebat," katanya.

Persidangan
kali ini juga akan menyaksikan perubahan tempat duduk anggota Dewan
Rakyat membabitkan Anggota Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan
Anggota Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Pada
Julai lepas, Lajim mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam Umno dan
BN serta menyatakan sokongan kepada pembangkang. Beliau bagaimanapun
tidak keluar parti.

Susulan itu, kerajaan pusat membatalkan jawatan Lajim selaku Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara
itu, Bumburing yang merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun
Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) pula mengumumkan keluar dari Upko
yang merupakan parti komponen BN.

Berdasarkan carta pada laman sesawang Parlimen, kedua-dua wakil rakyat itu diletakkan berhampiran petak anggota parlimen Bebas.

Kedudukan
sebenar kedua-dua wakil rakyat tersebut akan ditentukan Yang Dipertua
Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas beliau berpuas hati
dengan kedudukan mereka dalam parti yang disertai sebelum ini.

- Bernama

Komen Anda

0 Responses to "Adakah sesi Bajet sidang terakhir Parlimen?"