Thursday, 9 August 2012

Tema Merdeka: Pakatan tiru BN?

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Pakatan Rakyat sudah kekeringan ilham sehingga terpaksa 'mencedok' hasil kerja kerajaan BN untuk dijadikan sebagai ilham sendiri.

Mengulas tindakan Pakatan yang tampil dengan tema Hari Kemerdekaan mereka sendiri, beliau berkata, tema itu sebenarnya pernah dipakai oleh Jabatan Penerangan dalam buku-buku perpaduan yang diterbitkan pada tahun 2009.

NONEBeliau juga menganggap langkah itu sebagai permainan politik Pakatan yang sengaja mahu memperlekeh kejayaan BN di mata rakyat, lebih-lebih lagi tahun ini diramal sebagai tahun yang akan diadakan pilihan raya umum ke-13.

"Mereka terdesak dan kekeringan ilham. Mereka juga iri hati terhadap kejayaan dan janji yang ditepati kerajaan selama ini.

"Oleh itu mereka cedok sahaja apa yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan sebelum ini dan anggap ia sebagai ilham sendiri,” katanya kepada Bernama di St. Petersburg (Rusia) hari ini.

Semalam, Pakatan mengumumkan negeri-negeri yang ditadbirnya akan menggunakan tiga tema berlainan untuk sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, kerana tidak bersetuju dengan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati” yang ditetapkan kerajaan pusat.

Kerajaan Kedah memilih menggunakan tema “Terus Berbakti”, Kelantan menggunakan “Menerajui Perubahan” sementara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa”.

Mengulas lanjut, Rais berkata tindakan kerajaan negeri-negeri Pakatan untuk menpunyai tiga tema berbeza bagi sambutan penting itu juga jelas membuktikan kedudukan sebenar mereka yang tidak menpunyai kesepakatan.

"Ini bukti dalam kalangan mereka pun tidak ada kata sepakat. Saya rasa dari segi ini rakyat juga dapat melihat dan menghakimi sendiri," katanya.

Rais berada di sana untuk menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (Telmin) APEC ke-9.

- Bernama / MK

Komen Anda

0 Responses to "Tema Merdeka: Pakatan tiru BN?"