Wednesday, 8 August 2012

'Tanda Putera' Hanya Gimik Politik?

Tanda Putera sebuah filem Datin Paduka Shuhaimi Baba, yang menceritakan kisah persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr.Ismail sepanjang era pentaadbiran mereka dan juga semasa krisis rusuhan kaum 13 Mei. Cerita ini bertujuan untuk mengimbas kembali kejadian hitam pada waktu itu.

Tetapi benarkah cerita ini hanyalah sekadar pringatan kepada peristiwa itu atau peringatan kepada jasa Umno dan Barisan Nasional.Sama seperti Hati Malaya 1957 cerita yang mengisarkan bagaimana Umno memperjuangkan kemerdekaan di keluarkan pada October 2007 sebelum pilihanraya 2008, Tanda Putera juga dilihat suatu alat Umno dan akan dikeluarkan sebelum pilihanraya.

Tujuannya adalah untuk meracuni dan mengaburi fikiran rakyat dengan menyuntik idea atau gambaran yang umno dan barisan nasional adalah penyelamat kepada negara malaysia dan mereka perlu kekalkan kuasa mereka.Ini adalah suatu taktik yang amat bijak dengan menggunakan hiburan sebagai alat dan medium untuk meracun rakyat, berjaya atau tidak sama sama kita saksikan Tanda Putera.

Komen Anda

0 Responses to "'Tanda Putera' Hanya Gimik Politik?"