Thursday, 9 August 2012

Pemuda yakin artis terus sokong BN

Fenomena artis menyertai pembangkang tidak akan merampas sokongan golongan penghibur dan pemuda daripada menyokong BN, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

NONE"Secara tradisinya mereka menyokong BN. Trend terkini ini tidak akan mengurangkan sokongan kepada BN," katanya.

"Mungkin ini perkara besar kepada PAS. Sebelum ini, artis tidak menyertai parti, jadi apabila mereka melakukannya, mereka dilayan seperti selebriti."

PAS sebelum ini mendapat lonjakan baru apabila beberapa artis popular, termasuk penyanyi Aishah dan Dayangku Intan, pelakon Abby Abadi dan Hairie Othman serta penulis lirik Bob Lokman menyertai parti pembangkang baru-baru ini.

-MK

Komen Anda

0 Responses to "Pemuda yakin artis terus sokong BN"