Wednesday, 15 August 2012

MCA Khianati Kami - Petanda Kejatuhan BN Di Johor?

Malapetaka semakin menimpa-nimpa terhadap BN. Selepas pelbagai kemelut melanda di Sabah dan Sarawak sehingga berlaku penolakan kepada BN apabila ada pemimpin mereka yang berputus asa dengan perjuangan parti yang gagal membela rakyat. Kali ini situasi yang sama melanda pula di negeri yang sedia maklum menjadi kubu kuat BN selama ini - negeri Johor.

Ketidakpuashatian rakyat Pengerang, Johor akhirnya tidak dapat terbendung lagi dan meletus pada satu seminar yang diadakan oleh UPEN Johor di SJKC Yok Poon, Sg Rengit semalam 13 Ogos 2012 untuk perkembangan Projek RAPID.

Penduduk yang tidak bersetuju dengan projek ini merasa kecewa dan marah di atas tindak tanduk Pengerusi MCA Bahagian Pengerang, Tan Yong Seng kerana tidak mempertahankan tanah tempat tinggal mereka. Penduduk setempat merasa kecewa apabila MCA telah mengkhianati masyarakat dan memihak kepada pihak lain untuk memusnahkan seluruh kampung.

Projek Hab Minyak dan Gas (HMG) Pengerang atau RAPID yang bernilai RM60 bilion ini melibatkan 10 buah kampung - dengan jumlah penduduknya lebih kurang 4,000 orang, daripada 1,268 keluarga. Dalam fasa pertama pemindahan, 570 keluarga daripada tiga buah kampung (iaitu Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang dan Kampung Langkah Baik) terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada projek HMG ini yang dijangka akan mula beroperasi pada Oktober 2013. Hampir 80% daripada seluruh kawasan Pengerang akan diambil-alih oleh Kerajaan dibawah Akta Tanah Negara.

Namunnya, setakat ini pampasan nelayan tidak diselesaikan akibat dari pencemeran laut dipunca oleh pembinaan perlabuhan di pantai selatan Pengerang. Selain itu, rundingan pemgambilan tanah tidak diketahui oleh penduduk-penduduk tempatan, termasuk maklumat teliti mengenai tapak penempatan baru.

Sebelum ini seramai 578 nelayan bot kecil dari 10 kampung di perairan pantai Pengerang, Kota Tinggi, telah memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi atas kerja penambakan laut berhubung projek pembinaan Terminal Petroleum Laut Dalam di kawasan perairan berkenaan. Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui peguam Mohd Shujaa Halim daripada firma guaman Tetuan Shujaa Mazri & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, Menara MSC Cyberport, di Johor Bahru.

Dalam pernyataan tuntutan itu, kesemua nelayan terbabit memohon ganti rugi RM500,000 setiap seorang kerana kehilangan pendapatan. Mereka turut memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan pertama dan kedua daripada meneruskan kerja sehingga tuntutan diberikan atau setelah perintah ganti rugi yang wajar diberikan.

Segala permasalahan penduduk-penduduk kampung ini tidak diketahui ramai kerana sekatan saluran media utama pemerintah. Daya mereka hanya bergantung kepada kemudahan internet untuk menyebarkan maklumat-maklumat di Pengerang.


Dengarlah keluhan penduduk Pengerang dalam klip di bawah ini :

Komen Anda

0 Responses to "MCA Khianati Kami - Petanda Kejatuhan BN Di Johor?"