Tuesday, 21 August 2012

Logo misteri Merdeka muncul di akhbar

Hampir sebulan selepas Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan pembatalan logo Merdeka sebelum ini, yang baru pula telah muncul di akhbar-akhbar utama sejak minggu lepas.

Logo ini memaparkan unsur-unsur yang sama tetapi dengan grafik yang lebih baik berbanding dengan logo sebelumnya yang semata-mata dibuat melalui gabungan fon yang sedia ada pada editor grafik Photoshop.

rais yatim wisma berita rtm 060612Logo baru yang muncul di muka depan beberapa akhbar seperti
Berita Harian, Utusan Malaysia dan New Straits Times sejak minggu lepas mempunyai nombor 55 dalam warna biru dan kuning dengan garis merah berombak di atasnya.

Selain daripada itu, ia juga mempunyai logo 1Malaysia serta tulisan "Merdeka" dan "Janji Ditepati".

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada logo baru ini merupakan versi rasmi dari kementerian penerangan. Rais (kanan) tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

-MK

Komen Anda

0 Responses to "Logo misteri Merdeka muncul di akhbar"