Tuesday, 21 August 2012

Isu Hudud: Mahathir Tidak Ikhlas, Kata Presiden ABIM

Saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hudud adalah pandangan tidak ikhlas dan merendah-rendahkan hukum Islam itu.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan (gambar) berkata, kenyataan Dr Mahathir tidak memberikan kesan merealisasikan pelaksanaan hudud kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri.

“Sekiranya hudud dilaksanakan, ia tidak perlu apa-apa alasan dan syarat kerana ia mesti dilaksanakan seutuh dan setulennya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Menurutnya, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

“Pelawaan tersebut bukan dari pemimpin Umno tetapi daripada bekas pemimpin Umno. Pas tak perlu menghiraukannya,” katanya. -SH

Komen Anda

0 Responses to "Isu Hudud: Mahathir Tidak Ikhlas, Kata Presiden ABIM"