Thursday, 30 August 2012

Dosa - Dosa Umno?

Tajuk artikel diatas merupakan tajuk buku saya yang terbaru yang dijangka terbit sebelum Najib bubarkan Dewan Rakyat selepas Bajet 2013.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau nama asalnya PEKEMBAR adalah gabungan persatuan-persatuan atau NGO Melayu dan Islam yang telah bersatu untuk menjaga kepentingan dan hak orang Melayu menentang perlembagaan MalayanUnion.

UMNO sepatutnya menjadi institusi politik bangsa Melayu kerana telah memilih nama bangsa MELAYU sebagai nama parti. Melayu adalah hak bangsa Melayu. Mana-mana pertubuhan yang menggunakan nama Melayu secara langsung meminjam hak bangsa Melayu.

Dalam kes UMNO, setiap umat Melayu Islam di negara ini berhak keatas UMNO samada mereka menjadi ahli atau tidak kerana parti itu menggunakan nama Melayu.

Demikian halnya dengan pertubuhan-pertubuhan yang menggunakan nama Melayu atau bumiputera. Semua bangsa Melayu dan kaum bumiputera berhak keatas pertubuhan itu selaras dengan kedudukan istimewa Melayu dan bumiputera dalam perlembagaan.

Akan tetapi banyak pertubuhan termasuk dewan-dewan perniagaan yang hanya menggunakan nama Melayu dan bumiputera untuk mendapat keistimewaan dari kerajaan tetapi hakikatnya pertubuhan itu tidak memperjuangkan Melayu dan bumiputera secara keseluruhannya. Sebaliknya pertubuhan itu dijadikan alat untuk kumpulan tertentu mencapai agenda peribadi mereka.

Kenapa boleh berlaku demikian?

Jawapannya mudah sahaja. UMNO sebuah parti politik Melayu telah menjadi contoh dan teladan. Hakikatnya pemimpin-pemimpin pertubuhan itu kebanyakannya orang-orang yang sama yang mempunyai jawatan dalam parti UMNO.

Penjajah Brtish juga membina landasan kereta api dan jalan raya menghubungkan bandar-bandar tertentu dengan pelabuhan. Tujuan sebenar penjajah untuk memudahkan mereka mengangkut bijeh timah, getah, kayu balak dan lain-lain hasil bumi untuk diekspot ke negara mereka!

Jika jalan raya dan keretapi itu digunakan dan memudahkan rakyat, ianya secara kebetulan tetapi bukan itu niat sebenar British.

Bila Tun Dr Mahathir membuat keputusan membina PLUS dan memberi kontrak bernilai RM300 juta itu kepada syarikat United Engineering (UEM) milik UMNO, niat asal Tun Dr Mahathir ialah mendapat keuntungan daripada pungutan tol dari pengguna jalan raya. Sudah tentu keuntungan itu dibayar secara advance oleh Bank yang telah diarah untuk memberi pinjaman.

Di Sabah dan Sarawak, pengguna jalan raya tidak ramai. Membina lebuh raya bertol tidak menguntungkan syarikat-syarikat kroni UMNO, maka itu walaupun keluasan Sabah dan Sarawak empat kali ganda lebih besar daripada keluasan Malaya, satu lebuh raya tidak dibina di Borneo.

Hasil minyak petroleum dan gas asli dari Sabah dan Sarawak digunakan membina Menara Kembar dan Putrajaya kerana ia lebih menguntungkan pemimpin-pemimpin UMNO dan syarikat kroni daripada membina kemudahan rakyat di kedua-dua negeri itu. Walaupun sebenarnya kos membina lebih raya di Sarawak dan Sabah tidak sampai 5% daripada perbelanjaan membina Putrajaya dan KLCC.

Hanya semasa Tun Razak menjadi presiden UMNO dan Perdana Menteri, terdapat usaha menyatukan bangsa Melayu. Pada tahun 1973, Tun Razak jemput PAS menjadi komponen Barisan Nasional bersama parti-parti bumiputera dari Sarawak dan Sabah.

Tun Dr Mahathir yang dipecat semasa Tunku Adbul Rahman telah dibawa semula masuk UMNO dan dipilih sebagai calon parlimen kawasan Kubang Pasu pada 1974. Dr Mahathir juga dilantik menteri pelajaran.

Pada masa Tun Razak, jelas terdapat keikhlasan kepimpinan Melayu Islam untuk menyatukan bangsa Melayu dan menjadikan UMNO sebuah institusi politik Melayu yang sebenarnya.

Malangnya selepas Tun Razak meninggal dunia, PAS telah disingkir dari BN kerana kepimpinan UMNO enggan berkongsi kuasa. Di era Tun Mahathir, beberapa pemimpin UMNO telah disingkir termasuk Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tun Dr Mahathir juga menjadi dalang supaya UNO diharamkan untuk menyingkir tokoh-tokoh veteran UMNO termasuk dua bekas presiden, Tunku dan Tun Hussien Onn.

BERSAMBUNG.....

Sumber http://muslioli.blogspot.com

Komen Anda

0 Responses to "Dosa - Dosa Umno?"