Menerusi surat yang dihantar kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Latheefa berkata kedudukanya sebagai ahli majlis menjadi isu kepada umum dan menimbulkan pelbagai spekulasi.
"Saya faham bahawa anda dan exco mempertimbang untuk menyingkirkan saya sebagai ahli majlis dalam MBPJ.
"Ini sudah menjadi pengetahuan umum dan bahan spekulasi. Dengan keadaan ini, kedudukan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat lagi dipertahankan," katanya menerusi surat berkenaan.
Latheefa turut menghantar salinan surat berkenaan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Bandar MBPJ.
-Mstar
Komen Anda
0 Responses to "Latheefa Koya Letak Jawatan Ahli MBPJ"