Saturday, 7 July 2012

Kontroversi Hudud Dedah Kejahilan & Kebiadaban


Demikianlah jahil dan biadabnya golongan ini terhadap hukum Allah. Golongan yang suka mempermainkan dan menghina hukum yang diturunkan Allah kepada semua umat Islam untuk mereka mematuhi dan menuruti segala yang telah ditetapkan. Inikah yang diajarkan oleh pemimpin UMNO kepada ahli-ahlinya?

Ini lagi:



Mengikut kitab-kitab dari ulamak muktabar seperti Said Hawa menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad. Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:

Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

• Hukum apa ini?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.



Sekalipun kitab Mestika Hadith itu diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri, tetapi Perdana Menteri Malaysia sendiri telah menolak hudud.





Firmanullah swt yang bermaksud

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan mukminah bagi yang perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu hukum, maka ada pilihan untuk mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al-Ahzab:36)

Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (al-Qur'an) kepadamu dengan terperinci Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa al-Qur'an itu diturunkan dari Rabbmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. (Surah Al-An'am:114)

-GB

Komen Anda

0 Responses to "Kontroversi Hudud Dedah Kejahilan & Kebiadaban"