Friday, 6 July 2012

Jawatan Kosong di Bank Rakyat 2012

Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Koperasi 1948 kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM72.48 bilion pada akhir 2011.

Transformasi daripada sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan Syariah sejak 2003 telah menjayakan Bank Rakyat untuk terus mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan saban tahun. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, kami telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM2.02 bilion.

Kami terus mengembangkan produk dan fasiliti pelanggan yang pelbagai serta inovatif. Ia meliputi perbankan konsumer, pembiayaan komersil, simpanan dan pelaburan serta produk perancangan kewangan bagi memenuhi keperluan pelbagai spektrum pelanggan masa kini.

Saluran penyampaian yang cekap turut diperluaskan serta sentiasa ditambah baik. Kami terus mengekalkan imej korporat yang mesra untuk menempatkan diri pada asas yang tepat sebagai Bank Pilihan Anda.

Kami telah menerima pelbagai pengiktirafan berkaitan industri mahupun sebagai sebuah organisasi baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Sebagai sebuah entiti di bawah kawalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, kami komited untuk menyokong misi Kementerian untuk mengukuhkan sektor koperasi sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi negara melalui semua usaha dan langkah yang diatur.

Sehingga kini, kami mempunyai 136 cawangan dengan lebih daripada 600 mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) serta 38 Ar-Rahnu X’change di seluruh negara. Bank Rakyat juga mengendalikan pusat panggilan tele-Rakyat yang boleh dihubungi di talian 1-300-88-1BANK (12265) dan perbankan internet i-Rakyat di www.irakyat.com.my. Laman sesawang rasmi Bank Rakyat adalah www.bankrakyat.com.my. Kami juga boleh ditemui di Facebook, Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda di www.facebook.com/myBANKRAKYAT.


CLICK HERE FOR JOB APPLICATION AND HOW TO APPLY

Closing Date : 16/07/2012 & 03/08/2012

Komen Anda

0 Responses to "Jawatan Kosong di Bank Rakyat 2012"