Sunday, 8 July 2012

Isteri Berzina Dengan Bos

Luluh hati seorang suami apabila niatnya untuk pulang semula ke rumah di Rawang, dekat sini, kerana bimbangkan keselamatan isteri selepas dihalau sebelum itu bertukar episod hitam apabila melihat isterinya itu bersekedudukan dengan lelaki lain, Selasa lalu.

Lebih menyedihkan, lelaki yang ditangkap berasmara dengan isterinya adalah majikan wanita itu menyebabkan mangsa, 30, gagal mengawal diri sehingga menitis air mata dan tidak mampu berkata apa-apa.

Walaupun majikan isterinya berulang kali meminta maaf dan mendakwa tidak melakukan hubungan asmara dengan wanita itu, namun mangsa yang enggan mempercayainya mendesak dia menceritakan perkara sebenar menyebabkan lelaki itu panik dan melarikan diri.

Bagaimanapun, dia ditahan penduduk yang menyedari kejadian terbabit sebelum lelaki itu mengaku melakukan hubungan asmara dengan pasangannya sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut.

Sumber berkata, sebelum kejadian, suami berkenaan yang rindukan isteri pulang semula ke rumah jam 7.30 malam bersama adik lelakinya kerana bimbangkan keselamatan isterinya itu namun berasa pelik sebaik melihat sepasang kasut lelaki berada di luar rumah. -hm

Komen Anda

0 Responses to "Isteri Berzina Dengan Bos"