Sunday, 1 July 2012

Harian Metro Online Kini Lebih “Mengganas”

Harian Metro Sabah Berita Harian Metro Online Versi Tablet Kini Lebih Mengganas &  Mencengkam Jiwa Pembacanya!!Sekali pandang, seakan meneliti halaman di majalah Playboy versi Malaysia, majalah Mangga. Dua kali pandang rupa-rupanya ia adalah merupakan sebahagian halaman daripada Berita Harian Metro Online versi paparan tablet. Gambar-gambar ini telah dihantar oleh seorang pengirim email kepada Berita Semasa yang boleh kami katakan agak menyayat hati berbanding orang mati bergelimpangan di jalan raya….

Kami tidak pasti, adakah Harian Metro sudah kehilangan keyakinan untuk terus menerajui takhta sebagai akhbar paling popular di Malaysia ataupun merupakan satu lagi strategi mahu “memerangkap” sekaligus meningkatkan kelompok pembaca Berita Harian Metro online pula?

Mengapa tidak mengikut contoh Sinar Harian contohnya. Kami tidak katakan Sinar Harian adalah yang terbaik tetapi bezanya di sini mereka acapkali cuba membuktikan yang terbaik kepada pembaca mereka amnya dan rakyat Malaysia umumnya. Baru-baru mereka sekali lagi berjaya menganjurkan wacana yang sihat dan segar melalui debat antara Datuk Saifuddin Abdullah VS Datuk Salahuddin Ayub .

Tahniah kami ucapkan. Ya…kami sendiri juga suka membaca Sinar Harian terutamanya debat-debat dan forum isu semasa yang seringkali diadakan….Sukarkah berita Harian Metro online untuk mencontohi apa yang baik dan diterjemahkan kepada pengolahan berita yang lebih berilmiah dan berguna kepada pembaca?

Adakah tanpa paparan gambar seksi seperti ini yang jelas sekali pihak Berita Harian Metro mempergunakan dan mengekplotasikan tubuh badan gadis muda ini untuk dijadikan paparan golongan lelaki contohnya.

Kami tidak pasti pada paparan tablet bagi berita Harian Metro online merujuk kepada gambar di atas ini, adakah benar cita-cita yang dicatatkan untuk menjadi usahawan berjaya merupakan realiti atau sekadar nukilan penyedap rasa sahaja? Ini kerana berdasarkan aksi dan lenggoknya di depan lensa kamera seakan seperti mahu ”menjerat” usahawan berjaya pula? Benarkah?

-Beritasemasa

Komen Anda

0 Responses to "Harian Metro Online Kini Lebih “Mengganas”"