Monday, 2 July 2012

EURO 2012 : Sepanyol Tumbangkan Italy 4-0

Spain overpower Italy to win UEFA EURO 2012

Sepanyol telah berjaya menewaskan Italy dengan 4-0 dalam pertembungan terakhir EURO 2012 awal pagi tadi.

Jaringan Sepanyol telah disumbangkan oleh Silva (14), Jordi Alba (41), Torres (84) & Juan Mata (88).

Dalam perlawanan akhir ini menyaksikan Sepanyol dilihat menguasai keseluruhan perlawanan sehingga mencapai kemenangan besar 4-0 terhadap Italy.

Sebelum melangkah ke perlawanan akhir, Sepanyol telah berjaya menewaskan Portugal di peringkat separuh akhir dengan sepakan penalti 4-2.

Dengan kemenangan ini, Sepanyol merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya memenangi pertandingan EURO ini dua kali berturut-turut.

Sepanyol juga merupakan pasukan yang berjaya memenangi 3 kejuaraan besar secara berturut-turut iaitu EURO 2008, World Cup 2010 & EURO 2012.

Komen Anda

0 Responses to "EURO 2012 : Sepanyol Tumbangkan Italy 4-0"