Wednesday, 18 July 2012

Dr Mahathir - Diktator atau Tidak?

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan tinjauan ke atas pengunjung blognya untuk mengenalpasti sama ada beliau dilihat sebagai seorang diktator.

Mahathir dalam tulisannya di blog http://chedet.cc/blog itu meminta pengunjung menyatakan perkara yang telah dilakukannya sehingga disamakan dengan sifat dan perbuatan seorang diktator.

"Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi perdana menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator?"

Katanya, beliau sebelum ini menerima banyak gelaran termasuk "Mahazalim" dan "Firaun" yang dicipta oleh musuh politiknya.

Malah perkara itu juga sering ditanya oleh orang yang tidak bermusuh dengannya.

"Apabila saya ditemuramah sekarang, walaupun oleh orang yang tidak bermusuh dengan saya, soalan-soalan mereka ternampak yang mereka agak percaya bahawa gelaran terutama gelaran diktator yang diberi kepada saya adalah tepat dan berasas kepada kepercayaan bahawa saya adalah seorang diktator," katanya.

Mahathir seterusnya meminta pembaca membandingkan dirinya dengan beberapa bekas pemimpin negara lain yang pernah merangkul gelaran sama, termasuk bekas presiden Mesir Hosni Mubarak yang didakwa membunuh beribu ahli Ikhwan Muslimin dan mengumpul harta kekayaan yang besar.

"Musuh Mubarak tidak dibenarkan berpolitik, sering ditangkap, dikurung tanpa bicara dan dihilangkan," katanya.

Mahathir berkata, tiada kebebasan bersuara atau akhbar bebas di bawah Mubarak dan jawatan presiden itu tidak pernah ditandingi orang lain selama 30 tahun Mubarak menjadi presiden.


Dunia Tahu Kamu Memang Seorang Diktator

ahathir kini cuba untuk mengelak label bahawa beliau seorang diktator sekalipun satu dunia sudah mengenalinya bahawa beliau memang seorang dikator!

NONEGambaran sifat autokratik Mahathir telah ditunjukkannya sejak beliau berkuasa pada tahun 1981 terutamanya pada akhir tahun 1980an ketika kedudukannya tercabar. Sejak 1980an, hubungan eksekutif dengan cabang-cabang kerajaan yang lain yang wujud dalam sistem demokrasi moden telah mengalami perubahan yang besar, akibat dari tindakan Mahathir selaku Perdana Menteri.


Pertama: Sejarah membuktikan bahawa kedaulatan dan kemuliaan raja-raja Melayu selaku ketua negara dan ketua negeri dilanggar oleh mereka yang hari ini beria-ia mempertahankan kedaulatan raja-raja.

Dalam ucapan di Parlimen pada 18 Januari 1993, Perdana Menteri pada waktu itu, Dr Mahathir meniup api kebencian rakyat terhadap raja-raja Melayu. Beliau mengugut untuk menghapuskan terus sistem beraja yang sedia termaktub dalam Perlembagaan.

“Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan,” kata Mahathir.

Seterusnya Mahathir, dengan sokongan Kabinet Umno dan BN, meluluskan usul imuniti raja-raja Melayu dilucutkan sekaligus memusatkan lebih banyak kuasa kepada eksekutif.

Kedua, Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaidin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman.”

Pada tahun 1988, Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir perdana menteri ketika itu.

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Seorang daripada enam bekas hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman pada 1988 mendedahkan bagaimana integriti badan kehakiman telah dicerobohi dengan campurtangan Mahathir.

Bekas Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Azmi Kamaruddin mendakwa, Dr Mahathir mahu meminta Artikel 121 dalam Perlembagaan Persekutuan – satu peruntukan mengenai pemisahan kuasa antara badan perundangan, badan kehakiman dan kerajaan

“Saya rasa beliau mahu memerintah seperti seorang diktator. Beliau (Dr Mahathir) sudah pun mengetuai badan perundangan (dan) beliau mahu badan kehakiman juga diletak di bawah kuasanya. Itulah niatnya,” kata Azmi.

Beliau berkata, Dr Mahathir sebenarnya sangat bijak “membunuh dua ekor burung dengan seketul batu”.

“Saya kata begitu kerana apa yang beliau lakukan sangat bijak kerana beliau mahu meminta perlembagaan dan meletakkan badan kehakiman di bawahnya,” tambah Azmi.

Ketiga, Seterusnya penyalahgunaan peruntukan I.S.A yang memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri menahan sesiapa sahaja tanpa bicara digunakan dengan sewenang- wenangnya terhadap musuh-musuh politik Mahathir terutama sekali dalam Operasi Lalang pada tahun 1987.

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah tahanan ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas.
Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting Taiping selama 2 tahun atau lebih.

Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak.

Malaysia telah mendapat kritikan di peringkat antarabangsa pada ketika itu.

Keempat setelah Kelantan jatuh ke tangan PAS pada tahun 1990, Mahathir dengan niat jahatnya menyekat pembangunan ke Kelantan. Beliau telah menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri menghukum rakyat Melayu/Islam Kelantan kerana menolak UMNO/BN. Dengan menafikan konsep federalisma, beliau tidak segan silu membuat kenyataan yang mengakui bahawa partinya memang sengaja menyekat pembangunan di kelantan untuk mendapatkan semula sokongan terhadap UMNO/BN. (Rujuk video di bawah)

Kelima Lebih buruk lagi selepas PRU12 pada tahun 1999, apabila terengganu turut jatuh ke tangan PAS, Mahathir selaku Perdana Menteri telah tiba-tiba merobek dan menghapuskan perjanjian royalti di antara Petronas dengan kerajan-kerajaan Negeri pengeluar minyak termasuk kelantan dan terengganu dengan menggantinya dengan wang ehsan. Itu pun tidak diserahkan kepada kedua-dua kerajaan negeri tersebut semata-mata kerana ia dikuasai oleh PAS.

Selain daripada lima faktor di atas yang menunjukkan Mahathir seorang diktator, banyak lagi hal-hal lain seperti perkenalan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang merupakan buahtangan Mahathir selaku PM untuk menyekat mahasiswa dari bergiat aktif di dalam politik.

Ia tidak terhenti dengan AUKU, bahkan pemindaan terhadap Akta Rahsia Rasmi (O.S.A) untuk terus mengurangkan ketelusan dan pertanggungjawaban dalam proses birokrasi, manakala media massa perdana baik bercetak mahupun eletronik dikuasai oleh kerajaan atau parti pemerintah yang bertindak sebagai alat propaganda BN dan dalam masa yang sama sebagai instrumen untuk menekan pembangkang.

Itu belum lagi kisah bagaimana kamu mengatur strategi untuk menyebabkan Musa Hitam terpaksa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1986, kemudian kamu atur lagi strategi untuk mengenepikan Ghafar Baba sebagai TPM pada tahun 1993 dan akhirnya kamu juga yang memecat Anwar Ibrahim sebagai TPM pada 1998.

Tiada seorang pun TPM yang selamat semasa kamu menjadi PM kecuali Abdullah Ahmad Badawi, itupun kamu kutuk dia habis-habisan selepas beliau menjawat jawatan PM.

Begitu juga kes-kes kroni-kroni UMNO yang kamu selamatkan daripada rasuah, campurtangan kamu dengan urusan SPR, tekanan-tekanan ke atas penjawat awam yang tidak memihak kepada kamu dan lain-lain.

Justeru itu Mahathir tidak perlu berdalih atau menunjukkan beliau seorang PM yang "bersih" sedangkan satu dunia mengenalinya sebagai seorang diktator moden yang kejam lagi zalim. Bagaimana kamu hendak menutup kebenaran itu wahai Mahathir?

Komen Anda

0 Responses to "Dr Mahathir - Diktator atau Tidak?"