Sunday, 24 June 2012

Umno-BN Johor takut silent protest

WALAUPUN bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno-BN akan dapat mengekalkan kemenangan di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13, tetapi PAS Johor yakin Pakatan Rakyat menang besar di negeri tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Johor, Dzulkefly Ahmad menegaskan pandangan peribadi Daim itu mungkin boleh berubah kerana rakyat Johor kini sudah semakin bijak dan berfikiran terbuka dalam menentukan hala tuju kepimpinan negeri mereka.

Katanya, pasca Perhimpunan Bersih 3.0 sudah menampakkan gelombang kebangkitan rakyat di negeri itu serta sambutan luar biasa yang diadakan dalam setiap program anjuran PAS dan Pakatan Rakyat.

“Kita punya potensi lebih besar sekiranya berlaku peningkatan sokongan dikalangan kaum Tionghua.

Pada 2008, dengan 50 peratus sokongan kaum tionghua PAS memenangi dua Dun.

“Jika berlaku 20 peratus peningkatan sokongan daripada kaum ini, kita yakin akan mencapai kemenangan yang lebih besar,” katanya.

Selain itu katanya, perubahan ketara akan berlaku peningkatan sokongan terhadap Pakatan Rakyat adalah di kalangan ‘silent protest’ di kalangan penyokong BN yang tidak berpuas hati dengan kelemahan pengurusan negeri yang dilihat merugikan rakyat.

Undi daripada ‘silent protest’ ini katanya sangat ditakuti BN kerana ia akan menjadikan julat sokongan lebih besar kepada Pakatan Rakyat.

Malah katanya, golongan Melayu pertengahan di Johor yang sebelum ini dikatakan setia dengan Umno-BN kini lebih bersikap terbuka apabila mereka telah mendapat akses maklumat yang sebenar melalui media baru.

Bagaimanapun katanya golongan ini tidak berani memprotes secara terangan disebabkan terikat sebagai kaki tangan kerajaan.

-DD

Komen Anda

0 Responses to "Umno-BN Johor takut silent protest"