Friday, 15 June 2012

Tarikh PRU, Najib menyusahkan mahasiswa

Tarikh PRU13 tidak menentu menyusahkan semua rakyat di negara ini daripada bakal haji, ahli politik, peniaga dan mahasiswa. Ramai yang tidak jadi pergi mengerjakan umrah ketika cuti sekolah selama dua minggu, kerana takut pilihan raya.

Ada seorang jiran saya di Taman Melewar hampir membatalkan kenduri kahwin anaknya pada 9 Jun 2012, kerana ura-ura tarikh pembuangan undi.

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Yong Poh Kon berkata akibat tarikh pilihan raya tidak menentu mereka berhadapan ketidaktentuan yang berpanjangan.

Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam juga mengalami penderaan yang sama kerana pihak universiti menerima arahan daripada pihak atasan supaya jangan adakan pilihan raya kampus kerana takut kumpulan pro Umno BN kalah.

Kerajaan faham bahawa keputusan pilihan raya kampus akan memberi kesan politik di luar.

Sekarang mahasiswa menjadi mangsa, sepatutnya pilihan raya kampus diadakan pada bulan Februari sehingga kini belum nampak petanda akan diadakan.

Tidak pernah berlaku di dalam sejarah pilihan raya kampus ditangguhkan, sehingga sudah melewati waktu.

Paling malang ada di kalangan pimpinan MPP yang akan menamatkan pengajian selepas peperiksaan sedang berjalan sekarang.

Persoalannya siapa yang akan mengendalikan urusan Majlis Perwakilan Pelajar selepas ini.

Nampaknya Najib menyusahkan semua rakyat termasuk mahasiswa turut menjadi mangsa.

Penangguhan pilihan raya kampus menandakan Umno BN dilanda dengan mimpi ngeri bagi orang yang bersalah.

Oleh Idris Ahmad

Komen Anda

0 Responses to "Tarikh PRU, Najib menyusahkan mahasiswa"