Tuesday, 12 June 2012

Strategi Sepanyol kurang menjadi



Penyandang juara, Sepanyol nyaris dimalukan Itali ketika membuka tirai Kumpulan C di PGE Arena di sini awal pagi semalam.

Semuanya gara-gara pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque yang menurunkan pemain tengah, Cesc Fabregas sebagai penyerang sehingga menyaksikan skuad La Roja itu sekadar berpuas hati dengan keputusan seri 1-1.

Meskipun Fabregas berjaya memadam jaringan pembukaan penyerang Itali, Antonio Di Natale, del Bosque akhirnya mengeluarkan bintang Barcelona itu pada penghujung babak kedua untuk digantikan dengan Fernando Torres.

Biarpun ramai pemerhati bola sepak terkejut dengan percaturan tersebut, namun del Bosque mempunyai alasannya tersendiri.

"Dia (Fabregas) pemain yang istimewa dan mampu beraksi sebagai penyerang dan ia sesuatu yang wajar semasa berdepan lawan yang agresif seperti Itali.

"Saya hanya menurunkan Torres apabila menyedari kami sudah menguasai perlawanan, cuma nasib kurang menyebelahi kami.

"Bagi saya, ia adalah keputusan seri yang berbaloi memandangkan Itali sememangnya pasukan yang kuat," jelas del Bosque.

Del Bosque turut memuji kredibiliti Tor- res meskipun penyerang Chelsea itu dilihat beberapa kali mempersia-siakan peluang di depan pintu gol lawan.

"Peranan Fernando cukup penting buat pasukan dan gagal menjaringkan gol bukan bermakna dia tidak bagus," katanya.

Dalam pada itu, perancang Sepanyol, Andres Iniesta mengakui perasaannya bercampur baur sebaik diumumkan seba- gai pemain terbaik perlawanan.

"Alangkah indahnya jika kami berjaya melakar kemenangan.

"Kami beraksi dengan baik ketika menentang Itali, dan saya percaya kami mampu mengulanginya dalam baki dua lagi perlawanan selepas ini," katanya.

Sepanyol bakal berdepan Ireland dalam aksi kedua Kumpulan C di stadium yang sama awal pagi Jumaat ini. - AFP

Komen Anda

0 Responses to "Strategi Sepanyol kurang menjadi"