Friday, 29 June 2012

PRU Musim Haji: Bukan Islam Turut Tidak Setuju

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempertikaikan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) boleh diadakan pada musim haji.

Beliau mempersoalkan tindakan tersebut pada program wacana anjuran Roketkini di sebuah hotel di Shah Alam.

"Tindakan Najib yang ingin mengadakan PRU13 pada musim haji adalah tidak betul dan tidak tepat.

"Najib perlu peka dengan soal ibadat orang Islam, melaksanakan PRU pada musim haji tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan penganut bukan Islam juga tidak akan bersetuju jika pilihan raya diadakan pada waktu musim perayaan atau keagamaan mereka.

"Bagaimana Najib nak melaksanakan dalam musim haji yang jelas ia merupakan ibadat kepada umat Islam," sambung beliau lagi pada program wacana bertajuk 'Benarkah Dasar DAP Mengancam Islam'.

Pensyarah Universiti Islam Antarabanga Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malek turut menjadi ahli panel sementara Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan bertindak sebagai moderator. -HD

Komen Anda

0 Responses to "PRU Musim Haji: Bukan Islam Turut Tidak Setuju"