Saturday, 2 June 2012

PRU 13 waktu haji untuk selamatkan BN?



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjangkakan, perdana menteri akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada September depan ketika musim haji bagi memastikan kejayaan BN.

NONETindakan itu didakwa diambil ekoran banyak penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu, kata Abdul Hadi.

Anggota parlimen Marang itu berkata, Umno sebagai parti tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung membersihkan sistem pilihan raya sebelum pengundian.

Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas program "Munajat dan Himpunan Hijau ke Putrajaya" di ibu pejabat PAS Kedah di Kota Darul Aman hari ini.

-MK

Komen Anda

0 Responses to "PRU 13 waktu haji untuk selamatkan BN?"