
"Melalui pajakan 99 tahun itu, hak milik dan hasil ekonomi tanah-tanah ini dipindahkan kepada syarikat dan status Bumiputeranya dipersoalkan.
"Malah, kesan daripada itu, ia juga akan menjejaskan pegangan tanah kawasan petempatan FELDA dan kesan besar kepada kebajikan peneroka," tegasnya.
Rafizi (gambar) turut menegaskan, jumlah tanah rizab Melayu itu adalah 16 peratus daripada keseluruhan 343,484.46 hektar tanah Felda Plantation Sdn Bhd yang dipajakkan dalam status "Tanah Sedia Ada."
Manakala, "Tanah Sedia Ada Tambahan" adalah tanah tidak bergeran yang merujuk kepada tanah untuk aktiviti sosial dan kemasyarakatan seperti tapak kedai, padang, surau, dan banyak lagi.
Status "Tanah Akan Datang" pula merujuk kepada semua tanah FELDA yang akan diperolehi pada masa akan datang.
"Pendedahan perjanjian ini mengesahkan dakwaan PKR bahawa tanah-tanah tidak bergeran di kawasan FELDA telah pun dipajakkan kepada sebuah syarikat yang dimiliki secara majoriti oleh pelabur swasta.
"Sedangkan tanah-tanah ini adalah sumber nadi masyarakat FELDA," tambahnya lagi.
Tambahnya lagi, prospektus FGVH juga jelas menunjukkan pegangan peneroka dan kakitangan FELDA hanya 5.5 peratus sedangkan sejumlah besar saham diperuntukkan kepada syarikat dan individu asing bukan berstatus Bumiputera.
Rafizi turut mempersoalkan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad bahawa tanah-tanah ini tidak dijual kelak.
"Apakah jaminan kedai-kedai runcit yang didirikan di kawasan tidak bergeran ini tidak akan dirobohkan FGVH?" soalnya.
"Ini mendedahkan pembohongan Najib dan Isa bahawa tanah warga FELDA tidak akan dipajak dalam proses penyenaraian FGVH," tegasnya lagi.
Pada 8 Mei lalu, Najib telah mengumumkan "durian runtuh" bagi peneroka, isteri peneroka, dan generasi kedua berjumlah RM15,000 ekoran daripada penyenaraian tersebut.
-TMI
Komen Anda
0 Responses to "PKR : Tanah rizab Melayu dalam bahaya"