Saturday, 9 June 2012

Lindsay Lohan Terlibat Dalam Kemalangan

SELEBRITI bermasalah Hollywood, Lindsay Lohan mengalami kemalangan apabila kereta yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori semasa dalam perjalanan ke set penggambaran filem Liz & Dick di Los Angeles.

Kejadian yang berlaku di lebuh raya Santa Monica itu telah menyebabkan kereta jenis Porsche hitam milik pelakon itu remuk teruk.

Lindsay dan seorang kenalannya yang turut berada dalam kenderaan berkenaan telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan nasib mereka baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan.

Pihak berkuasa yang mengenadalikan kes berkenaan turut mengesahkan Lindsay dan pemandu lori berkenaan bebas daripada pengaruh alkohol ketika kejadian dan masih menyiasat punca kejadian.


-Mstar

Komen Anda

0 Responses to "Lindsay Lohan Terlibat Dalam Kemalangan"