Tuesday, 12 June 2012

Lajim Harus Segera Tinggalkan UMNO?

SEMAKIN lama Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin menunggu untuk melompat, maka semakin dalam jurang politik yang terpaksa beliau hadapi kerana besar kemungkinan tidak ada tempat yang selamat untuk Lajim, sekalipun di DUN Klias atau Parlimen Beaufort.

UMNO sudah pastinya tidak lagi memerlukan khidmat Lajim sebagaimana pada era 1994 ketika beliau melakukan lompatan katak bernilai RM5 juta mengikut Skim Tajaan Sukan Lompat Katak yang dibiayai Kerajaan Persekutuan.
Populariti Lajim yang semakin menurun menyebabkan beliau telah dipinggirkan kerana tidak lagi berfungsi sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri; malah tidak lagi mempunyai potfolio sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort setelah tidak lagi menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Dalam keadaan lopak (parti) yang menjadi rumahnya selama ini semakin kering kontang dan tidak mempunyai sebarang harapan lagi untuk dipilih semula sebagai Calon UMNO bagi mana-mana kerusi yang bakal diwakili BN; terutama setelah mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk ura-ura melompat parti SPF dan PKR.

Jika Lajim menafikan isu ini, kenapa beliau mengadakan beberapa perjumpaan tertutup dengan Anwar termasuk mengadakan misi rahsia membawa kami makan angin ke Jakarta, sebaliknya beliau pula ke Cambodia?

Sebagai ahli UMNO Beaufort, saya berharap agar Lajim segera tinggalkan UMNO kerana beliau kini menjadi liabiliti kepada parti dan dalam masa yang menyebabkan wujud beberapa puak di dalam UMNO, termasuk menaja puak tertentu melakukan usaha untuk mengganggu kepimpinan Ketua Umno Bahagian Kimanis.

Sikap menyimpan lebih 5,000 bendera SPF di sebuah rumah telah menimbulkan perasaan curiga dan ura-ura beliau menyertai PKR tidak boleh dipandang ringan.

Salam Hormat,

AJK BAHAGIAN KECEWA

-Sabahkini

Komen Anda

0 Responses to "Lajim Harus Segera Tinggalkan UMNO?"