Wednesday, 13 June 2012

Kenapa Mangsakan India Muslim Di Sabah?

Saudara Pengarang,....SAYA mewakili sebuah pertubuhan bumiputera Sabah ingin mengulas sedikit tentang sebuah artikel yang bertajuk 'Patrick Sindu Masuk MIC Lawan KIMMA? Saya berasa sangat hairan mengapa ada masyarakat kaum bumiputera tulen Sabah yang begitu tidak puas hati dengan masyarakat berbangsa lain terutama India Muslim.

Sebelum saya bercerita panjang, saya mahu terangkan satu maklumat yang saya terima. India Muslim di Sabah yang mendapat kerakyatan Sabah dengan kod 12 adalah kurang daripada 80 orang. Selain itu, India Muslim yang ada di Sabah memakai kod lahir luar Negara 75 dan kod negeri-negeri lain di Semenanjung iaitu kira-kira 100 orang.
Terdapat segelintir iaitu kira-kira 110 orang yang masih memakai kad bunga raya atau resit. Golongan ini seperti diseksa dalam negara kerana tidak dapat keluar meninggalkan Sabah selain tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah, membuka perniagaan dan melancong serta mengerjakan haji.

Selain itu, terdapat lebih kurang 75 orang yang memegang IC merah, resit dan lain-lain. Terdapat juga lebih 50 orang yang memgang IC beli seperti yang didedah Chung Su Li. Selain itu, lebih kurang 1,000 lebih India Muslim lain adalah pemegang pasport India yang mempunyai visa pekerja asing dan melancong serta visa pengarah syarikat yang sah.

Masyarakat India di Malaysia termasuk pekerja asing terdiri daripada orang berbangsa Tamil, Malayalam, Telugu dan sebagainya. Saya sertakan di bawah ini sejarah India termasuk tabiat sesetengah masyarakat asli Sabah yang suka memanggil India dengan perkataan menghina 'Kalling' (Keling). Perkataan ini tidak salah digunakan namun tidak boleh diguna dengan nada menghina.

Dakwaan sesetengah pihak Sabah dibanjiri India Muslim adalah tidak benar sama sekali. Tidak kurang juga ada yang mengatakan bahawa kedai-kedai India Muslim tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Setelah saya kira, rakyat India Muslim di Sabah yang menjadi warganegara ialah lebih kurang 200 orang atau lebih tepat lagi 180 orang. Manakala yang masih menunggu menjadi warganegara melalui cara betul ialah lebih kurang 185 orang. Bilangan ini amat sedikit dan boleh menjadikan mereka kaum paling kecil di Sabah. DPPIMS juga difahamkan hanya mempunyai keahlian keahlian kurang 200 orang.

Sikap sesetengah masyarakat yang menuduh India Muslim terlalu banyak di Sabah sehingga menyemak dan menyusahkan orang ramai adalah tidak benar sama sekali. Saya juga perbumi Sabah, saya dan rakan akan lain tidak pernah pun berpendapat sedemikian rupa. Ternyata terdapat segelintir orang asli Sabah yang sudah terlalu benci dengan India Muslim kerana semangat keagamaan dan perkauman yang tinggi.

Jika ada banyak kedai India Muslim, itu sesuatu yang baik kepada negeri Sabah. Kenapa orang negeri Sabah malas bersaing secara sihat dengan mereka. Apa tujuan kamu mahu halau dahulu mereka daripada sini baru mahu memulakan hidup? Seorang pemilik kedai boleh membuka beberapa cawangan di seluruh Sabah.

Saya rasa tidak sampai pun 100 pemilik kedai India Muslim di seluruh Sabah. Beberapa orang antaranya BTC group, Maimunah, Kain Mewah dan sebagainya mempunyai puluhan kedai di seluruh Sabah. Mereka semua antara berasal usul daripada Semenanjung Malaysia.

Saya sebagai masyarakat peribumi Sabah mencadangkan kepada kerajaan agar membuat lebih banyak projek IC kepada Orang India Muslim Sabah terutama kepada pekerja asing India yang lama berkhidmat di Sabah.

Saya mengalu-alukan lebih ramai India Muslim berhijrah daripada Semenanjung Malaysia datang membuka perniagaan di samping masuk ke dalam perkhidmatan awam. Saya minta bangsa lain agar tolong menjadikan 'patner' mereka daripada masyarakat bumiputera supaya mereka boleh belajar selok-belok perniagaan yang amat luas itu.

Saya sudah bosan dengan sikap rakyat Sabah yang tidak pandai memajukan diri dan bangsa. Saya kesal dengan mereka yang sering melaungkan "Sabahan untuk Sabahan."

Perkara ini tidak patut. Walaupun betapa buruk kerajaan Semenanjung Malaysia di bawah UMNO dan BN, tetapi merekalah yang merancang dan memajukan negeri Sabah. Pada masa itu, orang Sabah semua tidak tahu apa-apa dan tinggal di kampung dan hutan.

Mereka semua hanya pandai minum dan main judi dan memegang beberapa amalan nenek moyong yang sebenarnya tidak lagi sesuai di zaman ini. Saya mengakui bahawa Sabah adalah dimajukan oleh orang Melayu, Cina Dan India. Mereka telah datang, membuka perniagaan, pelaburan dan sebagainya dan meningkatkan sosioekonomi negeri ini.

Kini apabila negeri ini sudah sedang membangun maju, keluarlah beberapa 'Wira Sesat' untuk menghalau bangsa bangsa ini. Mereka mahu menghalau orang Melayu, Cina dan India balik ke Semenanjung Malaysia. Saya tidak bersetuju dengan hal ini. Orang Sabah tidak ramai yang pandai dan berpelajaran. Mereka hanya boleh duduk dalam kampung dan membuat hal. Tidak ramai masyakarat bumiputera Sabah yang berjaya. Jika ramai, maka kita boleh gunakan mereka untuk mengisi jawatan kerajaan juga.

Saya tahu sikap sesetengah orang yang membenci India Muslim adalah berkepentingan sendiri. Contohnya seperti Patrick Sindu. Mengapa tidak sahaja rakyat Sabah berani menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kaum India bukan Muslim dan Muslim di bawah MIC? Saya harap kita membaca artikel ini, 'MIC Parti Haram Di Sabah?
Selepas kita baca itu, kita sedar ribuan India di Sabah itu adalah mereka yang di luar India Muslim (DPPIMS). Saya Cuma tidak puas hati dengan IC yang dibeli sahaja oleh beberapa individu termasuk India Muslim seperti yang di dedahkan melalui artikel 'Skandal IC Projek Terbaru Di Sabah? Jika Patrick pejuang bangsa, minta kerajaan ambil tindakan terhadap orang tersebut.

Jangan kita suka membuat tuduhan tanpa bukti kukuh dan membuat kajian. Apabila ada pihak DPPIMS ingin memperjelaskan kepada kita, kita sama sekali tidak bersedia mendengarnya malah melawan mereka seolah-olah kita sangat pandai.

Masyaarakat India merupakan Masyarakat yang antara paling berjaya di dunia. Mereka duduk berjawatan besar di hampir kebanyakan Negara Eropah, Timur Tengah dan termasuk Malaysia. Mereka juga mempunyai kemahiran berniaga seperti orang Cina. Jangan kita nafikan kemahiran orang India dan Cina berniaga. Sebelum Malaysia wujud, sebelum Melaka wujudpun, sebelum dunia ada banayk Negara sepeti sekarang, Cina Dan India sudah memulakan perniagaan mereka termasuk berdagang jauh.

India dan Cinalah yang mengajar Malaysia semua. Tanpa kaum ini, Malaysia juga tidak akan berjaya. Sikap beberapa individu yang ingin masyarakat ini dikeluarkan semula daripada Sabah adalah tidak wajar sama sekali.

Jika ada IC Projek, saya merasakan perlu ditambah kepada golongan India dan Cina kerana mereka tidak membuat banyak jenayah dan masalah sosial seperti pendatang Negara jiran kita. Saya juga bersama ahli-ahli pertubuhan kami akan mencadangkan kepada RCI agar mereka yang tidak mengunakan wang mendapatkan IC dibenarkan terus berbakti kepada Sabah.

Saya risau, jika bangsa ini keluar, orang bangsa asli kami yang tidak pandai apa-apa akan merosakkan negeri ini sehingga akan dituntut semula oleh Filipina dan sebagainya.

Saya mencadangkan agar Datuk Baisulkhan Salman Faris agar tidak mempedulikan sikap mereka yang menzalim orang India ini. Mereka tidak sedar peranan DPPIMS dalam memajukan sektor ekonomi Negara. Mereka tidak ada sebarang usaha menyaingi Kaum India secara sihat di Negara ini.

Mereka juga lemah sejarah kerana tidak menyedari hakikat sebenar kehadiran India di Malaysia terutama di Sabah. Orang India ada di mana-mana seluruh dunia kerana mereka sangat berperanan dahulu. Begitu juga Cina. Mereka berdagang, kemudian menyebarkan ajaran agama dan kemudian menetap di situ. Mereka berkahwin dengan orang tempatan untuk menyebarkan Islam.

Saya membaca melalui ruang komen bahawa Datuk Baisulkhan begitu banyak berjasa kepada Sabah. Beliau juga telah mengIslamkan ramai orang pribumi Sabah di samping mereka mendapat sokongan kuat kaum bumiputera daripada beberapa kawasan kaum ini.

Saya mengucapkan Tahniah kepada Datuk Baisul. Diharapkan teruskan usaha mulia ini. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menyebarkan Islam seperti cara zaman dahulu kala ialah melalui perkahwinan. Saya berharap India Muslim dapat berkawin dengan masyarakat pribumi supaya kita terus dapat menjaga semangat perpaduan, kebebasan agama dan sebagainya.

Jangan peduli kata seorang dua yang mengatakan India Muslim dahagakan tubuh perempuan tempatan. Itu semua fitnah untuk menjatuhkan India Muslim. Mereka berlindung di bawah parti-parti politik musuh DPPIMS untuk menjatuhkan kaum ini. Semua komen orang dalam Sabahkini.net adalah komen yang ditaja khas utk menburukkan DPPIMS.

Jika mereka berani berjuang, kenapa tidak dedahkan banyak skandal orang Indonesia dan Filipina di sekitar Kota Kinabalu, Sembulan, Inanam dan pelbagai tempat. Mereka secara terang-terang melakukan maksiat dan jenayah, tetapi masyarakat pribumi tidak sakit hati melihatnya. Sebaliknya DPPIMS yang lebih menumpukan kepada perniagaan dan kemasyarakatan dihina, dikeji dan diaibkan seteruk itu.

Nampak sangat sikap orang kita yang mementingkan diri sahaja. Kita harus malu di hadapan mereka. Mereka semakin maju kerana kerja keras mereka. Kita pula dibayangi rasa irihati, cemburu kerana melihat mereka berjaya sedang kita tidak. Salah siapa sebenarnya?

Akhir kata, hentikan mengina India Muslim. Sedarlah bahawa mereka juga membantu dalam ekonomi kepada negara dan negeri. Mari kita mencontohi usaha dan kerja keras mereka. Kita sama-sama majukan Negara dan negeri tercinta ini.

Kepada DPPIMS, teruskan usaha murni anda. Kami masyarakat pribumi yang baik dan berfikiran waras adalah sentiasa menyokong aktiviti kemasyarakatan yang DPPIMS anjurkan. Kami bersedia membantu anda semua apabila diperlukan dengan semangat 1 Borneo.


Jangan peduli suara suara sumbang yang menghina kamu itu. Mereka semua contoh orang yang tidak akan berjaya sampai bila-bila. Saya pernah mendengar ayat suci kamu kata "tuhan tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubahnya". Betul bahkan DPPIMS?

Kepada Kerajaan, buatlah sesuatu untuk menanamkan perpaduan yang semakin tergugat ini yang dipimpin oleh orang politik sendiri. Kita harus ada rasa kasih sayang terhadap kaum lain kerana semua bangsa di dunia diciptakan oleh tuhan. Saya antara yang menyokong usaha jika kerajaan ingin memberikan kerakyatan atau penduduk tetap kepada golongan yang boleh berjasa kepada Negara kita. Saya malu dengan kaum sendiri yang hanya pandai menaruh rasa iri hati yang melampung melihat bangsa lain yang terus maju.

Salam Hormat,

KIRBY MARTIN.

Komen Anda

0 Responses to "Kenapa Mangsakan India Muslim Di Sabah?"