Monday, 18 June 2012

Kelebihan Bulan Sya'ban

""Nabi saw. banyak berpuasa di dalam bulan Sya'ban.

Aisyah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat Nabi lebih banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dari Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah , Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (HR an-Nasa’i dan Ahmad)

Malam Nisfu Sya'ban malam istimewa.

Nabi bersabda, "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya'ban, maka diampuni semua hamba-hambaNya, kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)

DILARANG berpuasa sunat selepas pertengahan (nisfu) bulan Sya'ban.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa." (HR Abu Daud)

Sumber: lenggangkangkung-my.blogspot.sg"

Komen Anda

0 Responses to "Kelebihan Bulan Sya'ban"