Saturday, 2 June 2012

Isu Scorpene : Beranikah SPRM Siasat PM?

PKR membuat laporan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan dakwaan kaitannya dalam skandal kapal selam Scorpene, dan mencabar panel penilai suruhanjaya itu mengambil tindakan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam semalam, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar ketua panel penilai operasi, Hadenan Abd Jalil untuk mengisytiharkan sama ada suruhanjaya itu akan menyiasat Najib.

"Kami baru sahaja membekalkan mereka bukti, sekarang kami berikan masa seminggu untuk mereka nyatakan sama ada akan menyiasat perkara itu (atau tidak)," katanya.

Bukti berkenaan menurutnya, termasuk komisyen AS$1 bilion yang didakwa diminta Najib sewaktu menjadi menteri pertahanan dan 36 juta euro lagi yang dibayar kepada syarikat milik bapa sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda.

Semua bukti itu berdasarkan pendedahan terbaru dalam kes mahkamah yang dimulakan NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap pembina kapal Perancis, DCNS

-MK

Komen Anda

0 Responses to "Isu Scorpene : Beranikah SPRM Siasat PM?"