Saturday, 9 June 2012

Anwar : Pakatan akan tambah RM24b untuk kebajikan

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi gambaran kasar ke atas usaha yang akan dijalankan Pakatan Rakyat sekiranya menang dalam pilihan raya umum akan datang, termasuk menambah RM24 bilion untuk kebajikan rakyat.

Katanya, tindakan itu antara lainnya memerlukan kerajaan menurunkan kadar hutang dengan mengurangkan pembaziran, yang dijangka memberi penjimatan sehingga RM37 bilion.

Beliau antara lain menggariskan sasaran:
  1. Mengurangkan pembaziran – RM28 bilion
  2. Mengurangkan bajet Jabatan Perdana Menteri – RM4 bilion
  3. Menyalurkan pendapatan permit AP kepada perbendaharaan – RM1.9 bilion
  4. Penjimatan subsidi untuk penjana tenaga bebas (IPP) – RM3.1 bilion
Katanya, jumlah itu bukan ditambah-tambah, tetapi boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan kualiti pendidikan dan kesihatan umum, katanya dalam satu program dialog bersama 1,000 orang golongan usahawan dan profesional di Petaling Jaya hari ini.

-MK

Komen Anda

0 Responses to "Anwar : Pakatan akan tambah RM24b untuk kebajikan"