Sunday, 13 May 2012

Suhakam Sabah Terima 153 Aduan Tanah

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) cawangan Sabah menerima 250 aduan sepanjang tahun lepas dengan majoriti daripadanya berkaitan isu tanah.

Menurut laporan Tahunan Suhakam 2011 yang dikeluarkan di sini, suruhanjaya itu berjaya menyelesaikan 45 kes manakala kes selebihnya masih dalam proses siasatan.
Kes terbanyak yang diadukan kepada Suhakam Sabah ialah hal yang berkaitan tanah iaitu 153 kes, diikuti masalah pekerja migran tanpa dokumen pengenalan diri sebanyak 29 kes, kewarganegaraan 15 kes dan pelbagai kes lain.

Laporan itu menyebut suruhanjaya berkenaan turut menerima empat memoradum sepanjang tempoh itu iaitu berkaitan tanah, bantahan mengenai pemberian geran komunal dan penahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

Mengenai forum dan latihan terhadap sistem perundangan orang asal/asli (FTILS), suruhanjaya itu menyambut baik peruntukan kerajaan Persekutuan sebanyak RM30 juta kepada Sabah untuk tujuan infrastruktur dan pentadbiran di empat Mahkamah Anak Negeri dan penubuhan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri. (Bernama)

Komen Anda

0 Responses to "Suhakam Sabah Terima 153 Aduan Tanah"