Friday, 18 May 2012

Semporna Terpinggir, Rakyat Pilih PKR?



RAKYAT Semporna yang tinggal di persisiran pantai, khususnya di perkampungan nelayan dan kepulauan perlu mendapat pembelaan; bukan sahaja dari segi prasarana bahkan menjaga ekonomi kendiri agar dapat keluar daripada belenggu kemiskinan yang merantai mereka sejak merdeka.

Beberapa kampung di dalam kawasan DUN Sulabayan masih terlalu daif dalam menerima pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan BN sehingga rumah-rumah mereka tidak ubah seperti kandang ayam kerana sudahlah usang, malah tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.
Dari itu rakyat yang masih dipinggirkan dan tidak dapat apa-apa bantuan daripada kerajaan yang memerintah pada hari ini harus berani tampil ke hadapan untuk membuat keputusan muktamad dengan menyertai Pakatan Rakyat yang diyakini mampu merampas tampuk pemerintahan negara pada PRU-13 kelak.

Naib Ketua Wanita Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Pusat, Norsham Abu Sama berkata demikian ketika memberikan ceramah kepada penduduk-penduduk Kampung Pulau Tandoan, Pulau Sumandeh, Pulau Labuan Haji dan Larapan dalam DUN Sulabayan.

"Saya amat sedih bila melihat keadaan kampung-kampung yang ada di empat pulau memang terlalu daif kerana kekurangan serba serbi; seperti jambatan berlubang, banyak papan lantainya sudah reput, tiada bekalan air dan hanya mengharap air jatuh dari langit, tiada klinik dan tiada bekalan elektrik," kata Norsham.

Selain itu bagi keluarga yang terlalu miskin dan ramai anak, kata Norsham, tidak mampu menyekolahkan anak-anak mereka dengan kehidupan yang kais pagi belum tentu makan malam.

Rombongan yang diketuai Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna merangkap EXCO Wanita PKR Negeri Sabah, Nazmahwati Walli dan Ketua Cabang PKR Semporna Lokman Ureh dan Pengarah Jentera Gerakan Pilihanraya Umum ke 13 Semporna; Mansur diberi sambutan luar biasa, menandakan masyarakat di pesisiran pantai mahu mendapat pembelaan daripada wakil rakyat yang benar-benar berjiwa rakyat untuk mengubah nasib anak-anak mereka di masa hadapan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : NORASMAH TAKBIRUL

Komen Anda

0 Responses to "Semporna Terpinggir, Rakyat Pilih PKR?"