Tuesday, 8 May 2012

Radio Free Sarawak Ancaman Kepada BN?

Mengulas laporan berita dalam ‘Borneo Post’, Ahli Parlimen (AP) Sibuti Ahmad Lai Bujang telah mengingatkan agar rakyat di Sibuti menutup dan memekakkan telinga kepada ‘Radio Free Sarawak’.

Menurutnya "Ini adalah kerana radio yang dimaksudkan untuk mengelirukan pendengar dengan menyebarkan maklumat palsu dan menyebarkan pembohongan berniat jahat yang boleh menggugat perpaduan kaum dan keharmonian".

Sekarang nampaknya pemimpin BN (Barisan Nasional) amat takut dengan maklumat bebas yang disampaikan kepada rakyat melalui sebuah stesen Radio Bebas atau dikenali sebagai “Radio Free Sarawak” dimana mereka boleh mendengar maklumat terkini tanpa sebarang penapisan atau sekatan.

Radio Sarawak Merdeka atau (Radio Free Sarawak) merupakan stesen radio bebas yang membawa berita yang anda mahu dengar, bukan apa yang orang lain mahu anda mendengar. Tiada siapa yang mengawal kita, kecuali anda, pendengar Sarawak. Oleh itu, menonton dan menikmati berita, temuduga, laporan dan komen yang anda tidak akan mendapatkan untuk mendengar mana-mana stesen radio lain yang dikawal oleh kerajaan BN di Sarawak.

Dengan adanya maklumat yang terdapat dalam Radio Sarawak Merdeka maka akan memudahkan bagi pendengar di luar bandar mendapat maklumat terkini yang selama ini disekat oleh kerajaan BN.

Mereka sepatutnya tidak perlu takut sebab semua media massa dikawal sepenuhnya oleh kerajaan BN seperti Radio Television Malaysia (RTM) dan sebagainya.

Menurutnya lagi Sibuti telah dilabelkan sebagai "kawasan putih" kerana kebanyakan infrastruktur, air, elektrik, dan jalan raya yang diperlukan di dalam bahagian pilihan raya itu telah pun ditangani oleh kerajaan.

Jadi mengapa mesti takut dengan Pakatan Rakyat untuk menyebarkan maklumat terkini kepada penduduk di luar bandar? Kalau semua kemudahan asas sudah ada, maka rakyat sudah pasti tidak akan merungut dan menentang pihak kerajaan yang memerintah.

Sekarang ini pemimpin BN telah meniru cara-cara pihak Pakatan Rakyat menyalurkan sumbangan dengan memberi sekapit beras, gula, biskut dan lain-lain untuk mengambil hati rakyat.

Kalau dulu mereka perli Pakatan Rakyat datang ke kampung membawa sumbangan dengan sekapit beras dan gula, sekarang mereka pula meniru cara tersebut. Walaubagaimana pun yang menikmatinya adalah rakyat.

Kita minta rakyat dapat menilai sendiri akan tanggungjawab pihak pemerintah BN selama ini, adakah mereka benar-benar jujur dan ikhlas membantu rakyat atau sekadar datang pada musim pilihanraya dengan mengumpan rakyat dengan pemberian yang bersifat sementara, sedangkan sepatutnya mereka lebih utamakan kemudahan asas dan infrastruktur yang boleh memberi menafaat kepada penduduk di luar bandar khususnya.

Rakyat jangan mudah terpedaya dengan janji-janji pemimpin BN kerana setiap kali pilihanraya mereka pasti akan mengulangi kata-kata yang sama sekiranya rakyat menolak BN negara ini akan mundur dan huru-hara. Adakah selama ini negeri yang dipimpin oleh kerajaan Pakatan rakyat mundur dan huru-hara?

Rakyat boleh makan umpan tapi jangan makan kail sekali kerana kalau makan kail umpama ikan yang dikail akan terjerut lehernya dan akhirnya jadi mangsa. Jadilah rakyat yang bijak dan jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang akhirnya akan menjerut leher sendiri.

Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak

Komen Anda

0 Responses to "Radio Free Sarawak Ancaman Kepada BN?"