Thursday, 10 May 2012

Penerangan Peraturan Pilihan Raya Dan Pindaan didalam Akta Kesalahan Pilihanraya

Salam Sejahtera Tan Sri, merujuk kepada perkara di atas,

Tindak Malaysia adalah satu kumpulan reformasi sistem pilihanraya yang khususnya memberi
latihan kepada Ejen Tempat Undi dan Ejen Pengira Undi. Kami juga memberi pendidikan Kesedaran Pilihanraya kepada rakyat secara umum,

Pada 24hb, April 2008, pihak kami telah menjemput Tan Sri untuk satu sessi dialog yang dianjurkan oleh Tindakan Malaysia ke Auditorium Pusat Sivik Petaling Jaya pada 24 Apr 2012 yang bertajuk "Sejauh manakah bersihnya Pilihanraya ke-13 yang akan datang?”? Sambutan pada hari itu amat mengalakkan dimana hampir 600 orang yang hadir. Malangnya kepada kami, Tan Sri tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, isu-isunya masih kekal dan perlu dibincangkan.

Justeru dengan itu, pihak kami memohon Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menganjurkan taklimat selama dua hari penuh untuk menjelaskan kepada orang awam atas implikasi serta kaedah pelaksanaan 5 Peraturan-Peraturan yang telah diperkenalkan sejak Jun 2011, iaitu:

1. Warta 2011 PU (A) 193 2011: undang-undang Pilihan Raya pindaan Jun 11 Borang 13 - 16

2. Warta 2012 PU (A) 43 - 2012: Peraturan-Peraturan Perjalanan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 - dakwat kekal

3. EOA Pindaan DR042012E: Pemerhati Barung dibatalkan dan penyingkiran identiti penerbit
bahan kempen, (Ditarik balik dari Dewan Negara pada 8hb Mei 2012)

4. Warta PU (A) 106 Peraturan 2: Pilihan Raya (Pendaftaran pemilih) (Pindaan) 30hb Apr 2012

5. Warta PU (A) 113: Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (No. 2) Peraturan-Peraturan 30hb Apr 2012

6. Warta PU (A) 114: Pilihan Raya (Pengundian Pos) (Pindaan) Peraturan-Peraturan 30hb Apr
2012

Kami meminta bahawa ia akan diuruskan pada hujung minggu oleh Pengarah Akademi Latihan anda. Bahasa perantaraan bolehlah dalam bentuk BM atau Bahasa Inggeris atau gabungan kedua-duanya.

Kami akan menjemput jurulatih dan ejen-ejen tempat mengundi yang dilatihi kami hadir supaya
mereka dapat menanyakan keraguan mereka mengenai prosedur baru tersebut.

Kami berharap Tan Sri dapat memaklumbalas balik kepada kami dengan keputusan yang
menggalakkan

Tarikh yang dicadangkan: Sabtu 19 dan Ahad 20 Mei 2012 (sepenuh hari).
Tempat: Kami mengharapkan pihak SPR dapat menyediakan kemudahan tersebut atas kesenangan Tan Sri.

Untuk memberikan gambaran yang lebih meluas kepada mereka yang tidak dapat hadir, kami
meminta bahawa ianya akan diliputi secara langsung melalui media elektronik supaya lebih banyak memberikan manfaat kepada rakyat.

Tindakan Malaysia adalah sebuah gerakan masyarakat awam untuk mempromosikan Pilihanraya Bebas dan Adil melalui pendidikan pengundi. Baru-baru ini, bersama-sama dengan Jawatankuasa Bersih 2.0, ia telah mengemukakan senarai cadangan pindaan kepada undang-undang dan peraturan pilihan raya ke Jawatankuasa Khas Parlimen.

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan latihan percuma dengan mendaftar di https://
sites.google.com/site/pacabatraining/

Yang benar,

Pywong
Tindak Malaysia
012-2149322

Komen Anda

0 Responses to "Penerangan Peraturan Pilihan Raya Dan Pindaan didalam Akta Kesalahan Pilihanraya"