Thursday, 24 May 2012

Najib makin sukar tentu tarikh PRU ke 13?

SAYA mungkin bertanggapan beliau profesional dan kes Anwar dikira berprofil tinggi maka mana-mana loyar berminat sertai kumpulan peguam Anwar.

Bagaimanapun kita lihat Yusof sendiri sengaja membiarkan kehadirannya menjadi buah mulut orang ramai menimbul pelbagai persepsi dan tanggapan.

Kalau Anwar berkata sebaliknya tetapi ada juga pihak yang boleh persepsi kemungkinan ada piahk yang mengatur.

Kita tidak boleh lupa Adun Bota daripada Umno boleh keluar parti itu masuk PKR tetapi beberapa hari kemudian masuk Umno balik dan kemudiannya kerajaan pakatan rakyat Perak jatuh kepada Umno.

Baru lagi cerita pemuda Umno kawasan di Perak keluar Umno tapi hanya beberapa hari masuk balik Umno.

Namun kita lihat perkembangan ini berhati-hati dengan pandangan positif selepas Fauzi bekas pegawai polis masuk Pas.

Berita berikutnya;

Anwar: Ramai lagi di Pejabat AG akan sertai saya

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bekas peguam cara negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tentu mempunyai alasan kuat untuk mewakili beliau dalam kes berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Anwar berkata tindakan tersebut membawa makna besar kepadanya kerana Yusof merupakan bekas pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.

"Tentu beliau ada alasan kuat dan kekuatan moral. Belum pernah dalam sejarah, ketua pendakwa selesai kes terus 'menyeberang'. Tentu ini memberi kekuatan kepada kes.

"Orang dalam kerajaan sedar bahawa kekotoran dalam kerajaan dia tidak ingin pertahan semua," kata Anwar ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Anwar juga berkata, ramai lagi rakan Yusof di Pejabat Peguam Negara yang mempunyai sikap yang sama.

Golongan berkenaan kini "menunggu masa untuk bersama saya," kata Anwar lagi.

Mohd Yusof hari ini mewakil Anwar yang didakwa mengikut mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0.

Tuduhan sama turut dibacakan ke atas dua lagi pemimpin PKR – timbalan presiden Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin – atas dakwaan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April

http://nanbinjai.blogspot.com/

Komen Anda

0 Responses to "Najib makin sukar tentu tarikh PRU ke 13?"