Friday, 18 May 2012

Misteri Kad Pengenalan Merah Di Malaysia

Selepas 54 tahun kita sudah merdeka, terdapat ramai rakyat Malaysia yang masih memiliki kad pengenalan merah. Sebahagian besar atau hampir kesemua yang memiliki kad pengenalan merah ini adalah dari kalangan kaum India. Saya tidak pernah mendengar masalah kad pengenalan merah dari kalangan kaum Melayu. Jarang sekali kita bertemu dengan orang-orang Cina yang masih memegang kad pengenalan merah.

Walaupun ada juga segelintir orang- orang Cina yang masih memegang kad pengenalan merah tetapi jumlah itu tidak signifikan. Tetapi, masalah kad pengenalan merah dari kalangan masyarakat India adalah satu masalah yang serius dan perlu diberi perhatian yang khusus. Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini kalau bukan kerajaan yang tidak prihatin terhadap kebajikan orang-orang India?

Lebih 54 tahun masyarakat India telah dianak tirikan di negara ini. Masalah kad pengenalan merah tidak pernah menjadi fokus kerajaan Barisan Nasional. Mereka tidak mempedulikan masyarakat India yang berbakti dan berjasa dalam pembangunan dan kemajuan negara ini. Masyarakat India pernah menjadi pengundi setia kepada Barisan Nasional sehingga PRU 11. Tetapi, kerajaaan Barisan Nasional pula tidak mengenang budi kaum India. Terdapat banyak kes dimana walaupun permohonan kad pengenalan biru dibuat berulang kali tetapi ditolak oleh kerajaan dengan pelbagai alasan.

Apabila masalah ini telah meruncing ada pihak-pihak yang tidak bermaruah dari kalangan Barisan Nasional muncul untuk membantu mangsa diskriminasi kerajaan Barisan Nasional itu sendiri. Puak-puak ini harus berasa malu kerana kecuaian dan kegagalan mereka inilah yang menyebabkan masyarakat India masih mundur di negara kita.

Macam-macam program seperti Mydaftar dan sebagainya dilaksanakan untuk menutup kesilapan mereka selama ini. Tetapi, apakah hasilnya? Berapa ribukah orang India yang memohon itu sudah berjaya mendapat kad pengenalan biru? Benarkah program Mydaftar yang dianjurkan oleh kerajaan telah berjaya menghapuskan masalah kad pengenalan merah di negara kita?

Sedih melihat orang-orang yang mendapat kad pengenalan biru kebanyakkannya adalah warga emas. Mereka telah hilang usia muda yang produktif dengan memegang kad pengenalan merah. Mereka hidup di negara ini sebagai pendatang walaupun mereka lahir di sini. Mereka tidak dapat kerja yang baik, tidak ada caruman KWSP dan Socso. Mereka tidak boleh memiliki harta. Mereka hilang hak untuk mendapat rawatan percuma di hospital. Mereka juga tidak pernah dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Selepas habis segala-galanya, baru mahu bagi kad pengenalan merah kepada mereka. Ada juga puak-puak tertentu yang berbangga dengan pencapaian mereka itu. Mereka seharusnya berasa malu dengan isu kad pengenalan merah ini, bukannya berasa bangga. Inilah golongan yang tidak mempunyai maruah dan harga diri yang sanggup menggadai bangsa sendiri untuk wang, pingat dan jawatan politik.”

Saya akan mendedahkan kes-kes kad pengenalan merah yang masih tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional satu per satu.

* Gambar menunjukkan seorang warga emas di Taman Permai, Bemban Batu Gajah yang lahir di Malaysia, ibu bapanya juga lahir di Malaysia, suaminya orang Malaysia, anak-anaknya juga dilahirkan di Malaysia. Tetapi beliau masih memegang kad pengenalan merah. Beliau sudah putus asa untuk memohon kad pengenalan biru. Bukankah ini satu kekejaman kerajaan Barisan Nasional yang menganiyaya rakyatnya sendiri?

* Kenyataan media oleh V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh.

Komen Anda

0 Responses to "Misteri Kad Pengenalan Merah Di Malaysia"