Sunday, 13 May 2012

Malaysia Juara Piala Remaja Asia



Malaysia menjuarai Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia buat pertama kali apabila mengalahkan Pakistan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Bukit Serindit di sini malam Ahad.

Malaysia menjaringkan kedua-dua gol itu pada babak pertama perlawanan menerusi Faizal Saari pada minit kedua dan Mohd Syamim Mohd Yusof pada minit ke-17.

Gol tunggal Pakistan dijaringkan oleh Muhammad Irfan pada minit ke-42. - BERNAMA

Komen Anda

0 Responses to "Malaysia Juara Piala Remaja Asia"