Sunday, 20 May 2012

Isu Bapa Kafir: Kemarahan Merebak Ke Pulau Pinang

Kemarahan terhadap akhbar Umno, New Strait Times (NST) ekoran tindakannya menuduh Mursyidul Am PAS sebagai 'Bapak Kafir' merebak ke Pulau Pinang pula.

Semalam Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengadakan demonstrasi dan 'sanggup ke titisan darah terakhir' untuk mempertahankan maruah ulamak daripada dipermainkan oleh golongan yang jahil tentang agama.

Kata-kata perangsang diluahkan pimpinan kedua-dua sayap PAS di Pulau Pinang itu ketika berdemontrasi secara aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat tengahari semalam.

Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Zakaria Hamzah.

Turut serta adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ust Hasbul Nizal Zakaria, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Mohd Redwan Ramli, Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Shafirol Rozali, Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh, Jamsari Samad serta Ketua PAS Cawangan Guar Perahu, Ustaz Abu Bakar Bakalani.

Laporan NST yang mengejutkan pelbagai pihak

Kesemua nada ucapan serentak kesal dengan akhbar NST dan mantan Ketua Polis Negara, Rahim Noor yang melapur dan mengeluarkan kenyataan yang begitu biadap dan tidak bertamadhun.

Kerajaan negeri Kelantan telah menghantar notis kepada NST dan Rahim agar memohon maaf dan membayar gantirugi. Namun selepas tamat masa yang diberikan, NST tidak berbuat apa-apa menyebabkan mereka mengambil keputusan akan memfailkan saman itu di mahkamah minggu depa ini.

Biadab

"Kita mahu NST dan Rahim Noor segera minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataan yang amat biadap dan memalukan.

"Sampai sekarang NST dan Rahim Noor tidak memohon maaf dan ini menunjukan ada dalang yang melindungi mereka, " tegas Ustaz Soid Mohd Amin ketika memulakan ucapan di pentas menggunakan lori berwarna hijau di perkarangan masjid itu.

Menurutnya, mereka tidak langsung menghormati maruah ulamak sehingga sanggup memperlekehkan institusi berkenaan dengan hina sekali.

Akhbar yang menyiarkannya terlebih bersalah sebab ini bukan perkara baru NST melakukanya bahkan pernah beberapa kali menyiarkan kenyataan yang menghina Islam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria pula membidas peranan mufti kerana tidak pantas mengeluarkan fatwa tentang penghinaan terhadap Nik Aziz sebaliknya bertindak cepat apabila sesuatu isu yang ada kepentingan dengan Umno dan Barisan Nasinal (BN).

"Mana dia mufti bila bertembung isu itu. Tentang Bersih mereka begitu cepat bertindak nampak sangat mereka bertindak tidak adil, " tegasnya.

Seramai 200 orang berkumpul selama sejam tanpa ada apa-apa gangguan polis bagi menyuarakan pandangan serta luahan hati kepimpinan yang begitu prihatin apabila institusi ulamak dipermainkan.

Semalam dua demontrasi diadakan serentak iaitu sebelah tanah besar di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh manakala sebelah pulau di Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, Pulau Pinang.











Komen Anda

5 Responses to "Isu Bapa Kafir: Kemarahan Merebak Ke Pulau Pinang"
Anonymous said...
20 May 2012 at 06:30

Logo di kereta pas berbunyi "pas for all". Ini sudah tentu termasuk juga org2 kafir yg mewakili sekitar 45% dp penduduk Malaysia. Jika "father" boleh juga di maksudkan dg ketua maka apa yang salah nya jika dikatakan Nik Aziz yg juga sebagai ketua PAS juga sebagai ketua org Kafir di Malaysia.


Anonymous said...
20 May 2012 at 07:57

Jika Nik Aziz takut nak jadi ketua atau "father" kpd org kafir, janganlah kempen kpd org2 kafir suruh undi pas.


Anonymous said...
21 May 2012 at 11:53

kita harus ikhlas ..dalam berbicara... kita kana paham tentang sesuatu.. denagan asas2 yang tepat... secara dasar kita akui Manusia adalah Khalifah dibumi Allah... baiklah dalam membicarakan apa jua kita kena memahami "maslahah umum" jangan kita buat kenyataan yang boleh mengelirukan umah atau menimbulkan fitnah... seperti kisah ahli Sufi yang terpaksa dibunuh kerana ucapan yang dilafazkannya mengelirukan umah walupun benar...kita ambil satu contoh mudah dalam bab makan (halal)... pada dasarnya makan itu harus..tapi ia akan bertukar menjadi wajib atau haram pada satu satu ketika...untuk tidak mengelirukan umah kita akan selalu menyatakan makan itu harus...berasaskan fiqah...jangan kita kata makan itu haram walaupun ia benar (perlu peghuraian -tasauf)....apakah kita akan menggunakan perkataan Nabi Muhammad dan Rasul2 tu "father " kepada orang kafir...walaupun dari sudut tasaufnya ianya pada satu2 hujahan adalah benar...dalam kaedah islam jika ianya jelas akan mewujudkan kekeliruan dalam masyarakat adalah lebih baik kita tidak menggunakanya...InsyaAllah selepas Islam memerintah Malaysia dan rakyat telah ditarbiah serta asas tasauf yang cukup maka kita akan lebih mudah menggunakan istillah2 seperti diatas...InsyaAllah itupun jika semua orang suka serta menyokong perjuangan islam,serta akan menjadi lebih cepat bilamana orang kafir juga telah mula memberi sokongan...walaupun dalam keadaan masih ada segelintir orang islam yang menentang kepimpinan ulama serta memperlekeh keupayaan Allah (Pencipta Agama Islam)....sehingga sanggup mengatak jika ikut islam kita akan mundur...(jika dihujah dari pemahaman tasaug maka telah tergelincir lah mereka ini).... wallahualam -AB-MT


Anonymous said...
21 May 2012 at 12:09

apa yang saya paham... surat khabar tidak menggambarkan sebagai ketua atau pemimpin... kepada orang kafir... yang jelas ianya sebagai satu tuduhan atau fitnah yang keterlaluan dan terlampau...
jika mereka benar benar mengatakan sebagai ketua atau pemimpin kapada orang kafir maka itu tidak lah menjadi masalah sangat cuma perlu diperincikan dalam petikan akhbar tersebut... dengan menhistiharkan " Awww!!NO adalah Perdana Menteri kepada ketua kafir......atau Aww!!No adalah Ketua kepada ketua kafir... taruk muka depan surat khabar dan perincikan kat bawah... kan bagus tu..ab-mt


Anonymous said...
19 July 2012 at 22:50

Umno yg hina hudud 2 father of apa plk? Jawab sikit org2 umno kt sini.....